Skip to main content

Program Ihya' Ramadhan 1438H

Sekitar Program Ihya' Ramadhan 1438H Maahad Tahfiz Az Zahrah pada 4 hingga 9 Jun 2017 dengan tema 'Madrasah Ramadhan Menuju Taqwa'

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memantapkan penguasaan hafazan pelajar dan sebgai salah satu cara mendidik dan membentuk para pelajar menjadi Generasi Al-Quran melalui Madrasah Ramadhan.

Diharapkan dengan adanya program tahunan seperti ini, pelajar akan mendapat manfaat yang banyak dan berguna di dalam kehidupan kelak. Semoga program ini diberkati oleh Allah swt. 

Terima kasih kepada pihak Masjid UNITEN dan Hospital Serdang di atas kerjasama yang sangat baik yang telah diberikan semasa program dijalankan. Seterusnya, terima kasih juga kepada Butik Zacheela kerana sudi menyediakan jamuan berbuka puasa kepada anak-anak MTAZ. Semoga perniagaan di Butik Zacheela bertambah maju dan berjaya.















Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

Majlis khatam

  Tahniah kepada Nur Aisyah Afiqah Binti Suhaimi, Nur Safiah Bt Jimmy Mazlan, Nazatul Syasya Bt. Azizul, Wan Sofiyyah Binti Wan Zulkefli, dan A'isyatul Hanan Bt. Dzul Affendi kerana telah berjaya khatam 30 juzuk al-quran.

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )