Skip to main content

PAPARAN TERTUNDA TETAMU DARI ISPARTA TURKI

Assalammualaikum
kepada pengunjung blog mtaz.blogspot.com, kesibukan membataskan segalanya. Entry tidak dapat disiarkan setiap hari atas kekangan waktu. Kesempatan yang ada kami persembahkan beberapa entry untuk tatapan dan maklumat kepada pengunjung terutama warga pelajar dan ibubapa pelajar MTAZ sebagai maklumat dan 9nfo semasa MTAZ.

Kami paparkan sekitar lawatan dan kunjungan balas Tetamu dari Turki bermula 13 Julai 2012 sehingga 20 Julai 2012

13 Julai 2012

Tetamu dari Turki tiba di KLIA sekitar jam 10.40 pm setelah penerbangan mereka tertunda lebih kurang sejam. Kedatangan mereka disambut Pihak pengurusan MTAZ dan terus pulang ke Penempatan (MTAZ)

Keletihan mereka malam itu kami hidangkan dengan hidangan nasi Arab yang ditempah dalam perjalanan menuju LApangan Terbang.

KETIBAAN DI KLIA DISAMBUT PIHAK PENGURUSAN MTAZ

14 JULAI 2012

MTAZ mengadakan majlis rasmi sambutan kedatangan tetamu istimewa ini. Selain mendengan ucapan dari kedua belah pihak tetamu juga dihidangkan dengan persembahan nasyid daripada anak anak MTAZ.

Sheikh salim memberikan ucapan

Sejurus selepas majlis Taaruf tetamu dibawa ke satu majlis Kesyukuran sambutan Ramadhan di Jalan Lok Yiew Kuala Lumpur dan mereka berpeluang menyaksikan majlis dan adat Masyarakat Islam Malaysia dalam sesuatu majlis.

Pada malamnya tetamu tidak dibebankan dengan aktiviti , mereka hanya berehat dan mengumpul tenaga untuk meneruskan agenda padat keesokan harinya.

Para pelajar mengambil kesempatan untuk berkenalan lebih rapat dengan tetamu dan saling bertukar tukar maklumat dan suasana ini amat jarang untuk diperolehi.

15 JULAI 2012

Tetamu dihidangkan dengan hidangan istimewa sarapan pagi di rumah Pengarah MTAZ Ustaz Ashri Lateh di Kampung Sg Lui, Hulu Langat. Usai sarapan pagi tetamu di bawa menuju KLCC tempat yang menjadi igauan setiap pelancong yang datang ke Malaysia untuk menyaksikan kemegahan bangunan pencakar Langit tertinggi di Malaysia.

KLCC antara tempat pilihan untuk dilawati tetamu MTAZ

Dari KLCC tetamu kami dibawa ke Dewan Masjid Salehudin Al Ayubi, Taman Melati Kuala Lumpur menghadiri acara perkahwinan anaknda Tn Hj Karim Taib dan Pn Jasmin Baba Ahli lembaga pengelola MTAZ. Tetamu kami sungguh teruja menghadiri majlis tersebut dan merupakan engalam pertama mereka menyaksikan acara perkahwinan masyarakat Islam di Malaysia.

Berakhir majlis perkahwinan destinasi seterusnya kami tujui ialah Maahad Tahfiz Masjid Ar Ridzuan, Hulu Kelang. Permintaan Pengetuanya Ustaz Bisri Ibrahim tidak ditolak oleh tetamu kami ini untung bertandang di Maahad yang menempatkan semua pelajar lelaki ini. Setiba Kami di sana para pelajar sudah sedia menanti tetamu istimewa yang datang dari jauh. Majlis di dendangkan dengan alunan selawat oleh para pelajar dan seterusnya mendengan ucapan Taaruf dari kedua belah pihak. Semua ahli rombongan dihidangkan dengan hidangan sup kambing sejurus selepas majlis selesai. Alhamdulillah kunjungan ini mudah mudahhan menjalinkan ukhuwah yang erat dan manis sekali.

Para Pelajar Tahfiz Masjid Ar Ridzuan sedia menanti kunjungan tetamu
Alunan selawat yang menguja tetamu dari Turkey

saling bertukar Tanda hati
 
Bergambar kenangan di hadapan Maahad Tahfiz Masjid Ar Ridzuan, Hulu Kelang
 
Berakhir program di Maahad Tahfiz Masjid Ar Ridzuan sekitar jam 6 petang dan kami bersama rombongan bergerak menuju Bandaraya Shah Alam, Ibu Negeri Selangor. Hasrat kami ingin bersantai di Bandar Cahaya ICT yang menjadi tarikan pengunjung ketika ini. Sebelum ke ICT kami bersama tetamu ke Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor Usai menunaikan solat Maghrib terus kami menuju ICT dan bersiap siar di situ sehingga jam mencecah 11.00 malam. Sebelum Bergerak pulang kami menjamu selera di Restoran makanan Arab yang terkenal ,terdapat di situ "Rausha".

Mudirah MTAZ bersamma tetamu Turki Di ICT Shah Alam

Pengarah MTAZ mengabadikan kenangan Di ICT Shah Alam bersama Sheikh Salim

Berlatarbelakangkan keindahan lampu mengabadi kenangan


Menjamu selera di Restoran Rausha, ICT Shah Alam

bersambung

Popular posts from this blog

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.