Skip to main content

PERATURAN KELUAR MASUK DAN BALIK

Kepada seluruh ibubapa diharap dapat memberikan perhatian kepada peraturan keluar masuk pelajar serta bermalam di rumah ketika waktu persekolahan. Peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini seolah-olah kurang diberi perhatian oleh ibubapa menjadikan peraturan ini tidak berjalan seperti yang diharapkan oleh pihak MTAZ. Kami sekali lagi mengharapkan komitmen ibubapa mematuhi peraturan tersebut untuk kelangsungan pendidikan anak-anak dan kemaslahatan bersama.
PERATURAN KELUAR MASUK/PULANG DAN BERMALAM DI RUMAH
  1. Pelajar hanya dibenarkan pulang pada waktu yang ditakwimkan oleh MTAZ dan waktu keluar tertakluk kepada keputusan semasa pentadbiran MTAZ serta tidak mengganggu pembelajaran yang telah ditetapkan.
  2. Pelajar yang perlu pulang pada waktu pembelajaran dan waktu yang tidak dibenarkan oleh pihak MTAZ perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada pengarah atau mudirah selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh pulang.
  3. Kebenaran untuk pulang menghadiri khenduri hanya dibenarkan yang melibatkan kepergian datuk,nenek,ayah, dan ibu serta saudara(abang,adik atau kakak) ke Mekah, begitu juga untuk perkahwinan hanya hubungan yang disebutkan akan dipertimbangan.
  4. Kepulangan atas kes kecemasan perlu berhubung terus kepada pengarah (019-6225695), mudirah (013-2348073) atau warden (019-9429779).
  5. Ibubapa hendaklah mempastikan anak atau jagaan masing-masing kembali semula ke MTAZ sebelum jam 6.30 petang pada setiap hari yang dijadwalkan pulang semula ke asrama.
  6. Pelajar hanya dibenarkan keluar/pulang bersama ibubapa atau wakil yang dibenarkan oleh ibubapa sahaja.

dikeluarkan oleh:

Bahagian Pentadbiran MTAZ

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi