Skip to main content

Pekeliling kepada ibu bapa


معهد تحفييظ الزهرة
MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH
LOT 2239 BATU 18 ½,
43100 Hulu Langat Selangor , Malaysia
Tel : +603-90212973 Fax : +603-90212973
E-mail : Mtaz_Bestari @yahoo.com
(Ditadbirurus oleh MTAZ Bestari Sdn Bhd [ 763687X])

MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH (MTAZ) JAIS 2J(06) 02/06
Ruj Kami : MTAZ (AD) Pek.009/01 ( 01 )
Ruj Tuan :
Tarikh/Date : 16 Safar 1430/ 13 Februari 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ibubapa/Penjaga
Pelajar MTAZ

PEMBERITAHUAN DAN MAKLUMAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. Semoga tuan/puan di dalam lembayung keimanan dan rahmat Allah s.w.t.

Alhamdulillah sessi persekolahan 2009 telah memasuki bulan ke dua. Semoga pembelajaran anak anak kita mendapat keselesaan dan tujuan matlamat dapat dicapai sebaiknya.Pada kesempatan ini kami ingin menarik perhatian tuan/puan kepada beberapa perkara:

01. CUTI PERTENGAHAN SEMESTER PERTAMA

Cuti akan bermula pada Ahad 15 Mac 2009,Ibu bapa boleh mengambil anak/jagaan masing masing selepas tamat kelas pada Sabtu 14 Mac 2009 dan pelajar diminta berada semula di asrama pada Ahad 22 Mac 2009 sebelum jam 6.30 petang. Adalah diharapkan ibubapa mematuhi takwim pembelajaran yang telah ditetapkan agar tidak mengganggu pelaksanaan kurikulum dan ko kurikulum yang telah dirancang.

02. JEMPUTAN HARI IHTIFAL

IHTIFAL ke 7 Mtaz akan diadakan pada 7 Mac 2009 bermula jam 8.30 pagi bertempat di MTAZ. Semua ibubapa diharap tidak menguzurkan diri untuk hadir bagi menjayakan program tersebut dan sama sama meraikan dan memberi sokongan kepada anak anak. Sumbangan tuan/puan untuk menjayakan program IHTIFAL kali ini adalah dialu-alukan.

03. KELUAR MASUK PELAJAR & PERMOHONAN CUTI

Pihak MTAZ sekali lagi mengingatkan ibubapa agar mematuhi peraturan keluar masuk yang telah ditetapkan dari segi waktu dan sebagainya. Ibubapa juga perlu memberi perhatian, permohonan cuti untuk kes-kes yang boleh dipertimbangkan perlu dipohon dengan mengemukakan surat selewat-lewatnya 3 hari sebelum cuti. Bagi cuti kecemaasan ibubapa boleh terus berhubung dengan mudirah dan kebenaran akan diberikan melaui warden asrama.

04. TAKWIM 2009 MTAZ

Bersama ini kami sertakan Takwim tahunan MTAZ untuk rujukan tuan/puan dan tindakan. Kami mengharapkan tidak berlaku kekeliruan dan pertindihan program yang dirancang pada pihak tuan/puan agar gangguan kepada pembelajaran anak anak dapat dielakkan dan diminimakan.


05. PEMBAYARAN YURAN MELALUI DEPOSIT MESIN & BANK IN

Kepada ibubapa yang membuat pembayaran melalui kaedah di atas diharap dapat menyertakan sekali bukti pembayaran. Resit tidak akan dikeluarkan selagi bukti pembayaran tidak dikemukakan kepada pihak kami. Pembayaran yuran hendaklah menggunakan akaun 2 MTAZ (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD atas nama :

MTAZ BESTARI SDN BHD. No Akaun : 12113 01 00289 51)

06. MAKANAN SAMPINGAN PELAJAR

Mesyuarat guru MTAZ telah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang makanan sampingan kepada pelajar-pelajar kerana pada pemerhatian dan pemantauan ianya mendatangkan kesan kurang baik kepada pelajar. Hanya makanan yang disepakati meransang minda seperti madu,kismis,kurma,badam dan kacang pistachio serta buah buahan sahaja dibenarkan.

07. PEMANTAUAN ULANGAN HAFAZAN & CUTI BULANAN

Ibubapa diminta memberi kerjasama memantau ulangan hafazan pelajar semasa cuti bulanan (13-15 Feb 2009.) dan menandatangani buku catatan muhasabah yang dibekalkan bersama-sama pelajar. Sila pastikan anak / jagaan masing masing dapat sampai semula ke sekolah pada atau sebelum jam 6.30 petang Ahad 15 Februari 2009.

Kami berharap perkara di atas mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan/puan.Kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih .

Sekian, Wassalam

“HAFIZAH PROFESIONAL CEMERLANG BERPERIBADI SEIMBANG”


Yang Benar



(MASTURA BINTI MOHAMMAD)
Mudirah

s.k : - Pengarah
- Pengarah Pembangunan & Program
- Fail

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi