Skip to main content

Posts

Sesi Taujihad

 18 Disember 2020 (Jumaat) Alhamdulillah berakhir sudah pembelajaran untuk sesi 2020. Walaupun hanya beberapa bulan sahaja pelajar berada di sekolah akibat daripada pandemik COVID19, mereka terus bersemangat untuk meneruskan hafazan di rumah masing-masing. JAIS telah mengarahkan semua sekolah di bawah PITAS untuk menutup operasi sekolah atas arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Selangor termasuklah MTAZ. Sesi Taujihad Sesi tauhijad telah diadakan secara zoom bersama pelajar dan guru. Ustazah mastura selaku Mudirah MTAZ telah memberikan beberapa pesanan dan nasihat antaranya supaya pelajar memantapkan hafazan dan ulangan. Namun, cuti sekolah bukanlah tiket untuk pelajar meninggalkan al-Quran.  Semoga bertemu semula pada sesi 2021. 

Doa Ketika Hujan

  Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa: اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا (Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)”. Antara salah satu waktu mustajab doa adalah ketika turunnya hujan. Jom tembak doa!

Puasa Bulan Muharam 1442H

 Assalamualaikum & salam jumaat ! اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ  Jom sama-sama kita rebut peluang untuk berpuasa pada bulan Muharam.

Selamat Ulang Tahun MTAZ !

Selamat ulang tahun Maahad Tahfiz Az Zahrah yang ke-20 tahun. Alhamdulillah, MTAZ sudah pun menjejak usia 20 tahun. Segala usaha gigih untuk mengekalkan maahad sehingga sekarang dapat dirasai oleh warga pendidik yang dari awal hingga kini masih setia bersama MTAZ. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang membantu MTAZ untuk meneruskannya sehingga sekarang. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam melahirkan generasi yang berjaya dalam bidang tahfiz sesuai dengan motto MTAZ iaitu ‘Hafizah Profesional Cemerlang Berperibadi Seimbang’

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Rayuan Bantuan

Assalamualaikum,  Alhamdulillah kita akan menghampiri bulan ramadhan tidak lama lagi. PKP juga akan diteruskan sehingga keadaan betul-betul pulih dari rantaian wabak COVID19.  Pihak MTAZ memohon rayuan sumbangan dari mana-mana pihak dalam membantu kewangan kami.  Semoga Allah memberkati sumbangan tersebut dan diucapkan jutaan terima kasih.  Keterangan lanjut boleh hubungi nombor yang tertera tersebut. 

Tazkirah (Siri 6)

Tajuk : Tadabbur Surah Luqman Oleh : Ustaz Ashri Bin Lateh Mari sama2 kita menghayati renungan daripada ayat 14 & 15 dan mendengar alunan bacaan daripada adik Naufal. Semoga bermanfaat.