Skip to main content

Posts

Eksplorasi Khazanah al-Quran Kali Ke-6 2019

Terima kasih diucapkan kepada Encik Wan Nasyrudin Bin Wan Abdullah dan pelajar kursus PQ6513 Maktabah al-Tafsir iaitu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana telah memberikan ceramah mengenai eksplorasi khasazah al-quran kepada pelajar MTAZ pada 11 mei 2019 (Sabtu) yang lalu.

Tabung Infaq Ramadhan 2019

Sempena Program Ihya' Ramadhan pada 25 - 28 Mei 2019, BADAR MTAZ telah melancarkan Tabung Infaq Ihya' Ramadhan yg telah direkacipta oleh pelajar mengikut usrah masing2 mengikut kreativiti tersendiri.

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada murabbi2 MTAZ. Terima kasih kepada barisan pengawas kerana telah berganding bahu untuk menyambut hari guru. Semua guru memakai baju berwarna biru langit sesuai dengan tema galaksi yg dirancang oleh badan pengawas. Guru ibarat lilin yang menerangi murid2. Begitulah pengorbanan bagi seorang guru. Namun begitu, MTAZ juga telah menyambut majlis perpisahan Cikgu Qistina bagi menghargai jasa beliau kepada MTAZ selama setahun.

Khatam Al-Quran

Tahniah kepada Nur Zahirah Aqilah Bt A. Zaid, 17 tahun telah berjaya tamatkan 30 juzuk Al-Quran pada 20 April 2019 yg lalu.  :)

LESTARI ILMU DAN AMAL ISLAMI (ILMI) 2019

Berakhirnya Program Lestari Ilmu dan Amal Islami (ILMI) pada 18 Mac hingga 20 April 2019 yg lalu. Program ini bertemakan Bulan Berbudi Bahasa iaitu selaras dengan Modul Sumur bulan April dan Mei. Antara acara yg dipertandingkan ialah : 1. Bola Jaring         6. Hafazan 2. Memanah          7. Tilawah 3. Ping Pong         8. Perbarisan Kontijen 4. Artikel               9. Bercerita 5. Pidato              10. Kalam Jamaei Tahniah kepada semua pelajar MTAZ kerana berjaya melibatkan diri dalam setiap acara yang dipertandingankan. Terima kasih juga kepada guru-guru MTAZ kerana bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Semoga usaha dan titik peluh kalian mendapat redha Allah.  :)

Kem Kepimpinan dan Motivasi Super Caliph

Terima kasih kepada Persatuan Barisan Fasilitator Pelajar (STUFF) Universiti Islam Malaysia Antarabangsa kerana telah mengadakan Program Kepimpinan di MTAZ pada 5 - 7 April 2019 yang lalu.