Skip to main content

Posts

Program Lestari Ilmu dan Bulan Bahasa

Pelancaran Program Lestari Ilmu dan Bulan Bahasa telah dirasmikan oleh Ustazah Mastura (Mudirah MTAZ) pada 18/3/2019 isnin yg lalu pada perhimpunan pagi. Program ini berlangsung pada 18/3/2019 hingga 12/4/2019.

Majlis Khatam

15 Mac 2019 (Jumaat) Tahniah diucapkan kepada Nur Aqilah Farhanah Bt Hasan dan Nurin Syuhada' Bt Sazalee kerana berjaya menamatkan 30 juzuk Al-Quran.    :)

Kem Pengukuhan Ibadah

Badan Dakwah Rohani (BADAR) telah menganjurkan Kem Pengukuhan Ibadah pada 7 hingga 8 Mac 2019 yang lalu yang bertempat di MTAZ. Terima kasih diucapkan kepada bekas pelajar MTAZ yang hadir terutamanya kepada Aida Fitriah dan Zainab Husna sebagai tetamu undangan bagi slot Forum. Majlis penutup dan pelancaran Bulan Isra' Mikraj serta penyampaian hadiah disampaikan oleh Ustaz  Ashri Lateh .

Program Nadwah Kepimpinan Islam 2019

Seramai 39 orang pelajar MTAZ sedang mengikuti Program Nadwah Kepimpinan Islam 2019 yang disertai oleh pengawas, naqibah dan ketua dorm.  Kem ini berlangsung dari 22 hingga 24 Februari 2019 di Kem Herba, Sg Congkak, Hulu Langat. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Nor pemilik Kem Herba, Sg Congkak, Hulu Langat serta  Motivasi Pelajar GWA Positive Consultant kerana merialisasikan kem ini. Objektif kem ini diadakan ialah untuk menanam sifat jati diri dalam setiap peserta untuk berhadapan dengan cabaran semasa serta melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berakhlak tinggi serta mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang berkesan dan berpengaruh. 

Mohon Maaf

Assalamualaikum semua warga MTAZ  :) Semoga semua berada dalam rahmat Allah swt.  Pihak kami memohon maaf kerana lama tak update berita semasa dari MTAZ. kesulitan amat dikesali.  ;)

TEMUDUGA KEMASUKAN 2019

Temuduga kemasukan pelajar sessi 2019 berlansung hari ini 10 November 2018 ,bertempat di Maahad Tahfiz Az Zahrah. Seawal jam 8.30 pagi ibubapa telah tiba bersama anak masing amsing untuk menduduki ujian bertulis dan Syafawi. Rakaman Lensa sekitar perjalanan proses temuduga. Temuduga Pelajar Baru 2019 MTAZ

FAMILY DAY AZ ZAHRAH

Berakhir sudah program Family Day Az Zahrah di Cameron Higlands pada 28 - 30 september 2018 yang lalu. semoga ikatan ukhuwah silaturahim antara kita berkekalan hingga ke jannah.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. semoga apa yang kita lakukan mendapat ganjaran dariNya.