Skip to main content

Posts

MAJLIS KHATAM

Barakaallahu fiik diucapkan kepada Nurul Nabilah Binti Mohd Hizam yang berumur 16 tahun kerana berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-quran pada bulan ramadhan yang lepas. Sungguh meriah majlis yang diadakan kerana ibunya sendiri telah memilih tema 'perkahwinan' sebagai tanda untuk merealisasikan impian anaknya. Diharapkan, para pelajar yang lain menjadi lebih bersemangat untuk khatam.

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Program Ihya' Ramadhan merupakan program tahunan MTAZ di bawah pautaun BADAR bertujuan melatih pelajar mengimarahkan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di samping satu usaha mematapkan aqidah, ibadah, akhlak serta hafazan para pelajar.  Antara aktiviti yang diadakan : 1) PELANCARAN TABUNG IHYA’ RAMADHAN Tabung Ihya’ Ramadhan ini dilancarkan untuk melicinkan perjalanan program ini. Setiap kumpulan usrah perlu menghasilkan tabung yang kreatif kerana tabung yang menarik dan cantik serta mendapat kutipan yang banyak akan mendapat hadiah. Di samping itu, para pelajar akan berkerjasama untuk menghasilkan tabung yang menarik. 2)      Ikhtikaf di Masjid Universiti Putra Malaysia dan lawatan mahabbah bersama Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) 3)  Edar kit Ramadhan di kampung sekitar MTAZ 4)  Penyampaian hadiah 5)  Iftar bersama ibu bapa

SAMBUTAN HARI GURU 2018

16 Mei merupakan tarikh keramat bagi seorang guru kerana tarikh ini merupakan tarikh Hari Guru pada setiap tahun. Namun begitu, MTAZ juga telah menyambut Hari Guru pada 14 Mei 2018 iaitu pada hari isnin kerana memberi laluan kepada bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sambutan yang dirancang oleh badan pengawas MTAZ yang diketuai oleh Ustazah Siti Nur ‘Adilah yang merupakan guru disiplin MTAZ telah menambat hati guru-guru MTAZ dengan persembahan yang dilakukan oleh pelajar MTAZ. Walaupun ringkas tapi sangat memberi makna kepada guru-guru MTAZ. Di samping itu, MTAZ juga mengadakan majlis perpisahan kepada guru yang akan berhenti iaitu Ustazah Farahadilah dan Teacher Sulastri. Majlis perpisahan ini merupakan majlis untuk memperingati jasa mereka kepada MTAZ selama mereka berkhidmat di MTAZ. Kehilangan mereka amat diarasai bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada guru-guru MTAZ sendiri. Diharapkan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Insyaallah ...

KELAS MENJAHIT

MTAZ telah menyediakan 7 buah mesin jahit sebagai permulaan kelas menjahit yang diadakan pada setiap hari sabtu setiap minggu. Kelas ini diadakan untuk memberikan kemahiran dan bimbingan kepada peserta untuk menjahit dengan lebih baik mengikut ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dibawa dari luar. Selain itu, kelas ini terbuka kepada pelajar dan guru MTAZ yang berminat untuk menyertai dengan yuran sebanyak RM150 sebulan. Antara pakaian yang telah dijahit ialah blouse, skirt A cart, jubah dan sebagainya.

VAN SEKOLAH

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana MTAZ telah berjaya mendapatkan dana untuk membeli sebuah van sekolah yang bernilai RM 100, 000. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang telah menyumbangkan wang mereka sehinggakan pihak kami telah dapat merealisasikan untuk mempunyai sebuah van sekolah yang baru. Dengan adanya van ini, dapat memudahkan urusan sekolah sama ada untuk membawa pelajar MTAZ ke sesuatu tempat atau melakukan aktiviti luar sekolah yang memerlukan pengangkutan seperti van ini.

PROGRAM LESTARI ILMU & BULAN BAHASA

Tempoh sebulan diberikan kepada pelajar MTAZ untuk menyertai pertandingan ini iaitu pada 2 April hingga 27 April 2018. Antara pertandingan yang dipertandingan ialah Spell It Right, Kuiz, Pentomen, Artikel, dan Mencipta Logo Sekolah. Dengan adanya program seperti ini, pelajar akan dapat mencungkil kemampuan dan bakat terpendam serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar melalui pertandingan yang dianjurkan. Sekolah juga memberikan hadiah yang istimewa kepada setiap pelajar yang memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan.

KELAS TALAQQI GURU

Kelas Talaqqi guru merupakan kelas talaqqi bagi guru-guru MTAZ sahaja dengan Ustaz Ashri sebagai guru pembimbing. Kelas ini diadakan pada setiap hari jumaat setiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini, guru-guru mengambil peluang untuk membetulkan bacaan al-quran.