Skip to main content

Posts

PENGERUSI PITAS 2013/2015

Ucapan Perasmian MAT PITAS ke 9 Bukit Canggang 10 Mac 2013 Berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) kali ke 9. MAT ke 9 Dirasmikan oleh Yg Bhg Prof. Dr Mujaini Tarimin Pengerusi Jawatan Kuasa Tahfiz Selangor Merangkap Ahli Majlis Agama Islam selangor. Kehadiran ahli PITAS kali ini amat menggalakkan dan menampakkan kesungguhan ahli PITAS untuk memartabatkan isntitusi Tahfiz di negeri Selangor. Pada mesyuarat kali ini menyaksikan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat yang baru untuk sessi 2013-2015. Ustaz Ashri Bin Lateh Al Muqri yang juga merupakan Pengarah MTAZ sekali lagi diberikan amanah menerajui PITAS menerusi proses pengundian.Ustaz Ashri menewaskan 4 calon yang lain dengan memperolehi mejoriti besar. MTAZ mengucapkan tahniah kepada Ustaz Ashri atas pemilihan ini dan selamat menjalankan amanah untuk kegemilangan Institusi Tahfiz Negeri Selangor Khususnya dan Ummah amnya.

PEMBINAAN ASRAMA BARU MTAZ

KERJA KERJA PEMBINAAN SEDANG BERMULA Tanggal 5 Mac 2013 yang lalu MTAZ meneruskan usaha pembangunan untuk menambah baik prasarana dan memberi keselesaan kepada pelajar dengan memulakan kerja kerja menyiapkan sebuah lagi asrama pelajar. Kos  yang mencecah RM100k itu mampu menampung 20 pelajar lagi bagi memenuhi pemintaan yang semakin bertambah. MTAZ mengalu alukan sumbangan untuk mempastikan usaha ini berjalan lancar .Mereka yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ustaz Ashri Lateh (Pengarah) di talian 019 6225695 atau Pn Norashikin (pegawai kewangan) di talian 019 3070609 atau talian pejabat 03 90212973.

TAHNIAH

Mtaz merakamkan ucapan Tahniah kepada bekas pelajar JAMENGATON ABD LATIF atas kurniaan cahaya mata kedua seorang bayi lelaki. Semoga menjadi pendokong Islam .

PENDAFTARAN 2013

Pendaftaran 2013 MTAZ berlansung pagi ini bermula jam 9.00 pagi. Sessi pagi dimuoai dengan pendaftaran pelajar baru. Pada tahun ini pelajar baru yang ditawarkan hanya 12 orang memandangkan tiada kekosongan. Sessi petang bermula jam 2 .00 pm khusus untuk pelajar lama dan dibuka sehingga jam 5.00 petang. Ibubapa diharap dapat memenuhi jadual dan tidak melewati waktu yang ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada semua pihak. Mudirah..menunggu kedatangan pelajar baru Pegawai Kewangan & Barisan guru menguruskan Pendaftaran Ibu pelajar baru bertanyakan sesuatu kepada mudirah Pengarah mengambil bahagian berjumpa dengan semua ibubapa pelajar baru Tekun Nasihat...kata kata nasihat untuk emninggalkan anak di asrama MTAZ

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KETUA PELAJAR

KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA KETUA PELAJAR 2013

SEKITAR PENGUNDIAN PILIHANRAYA KETUA PELAJAR

PILIHANRAYA KETUA PELAJAR SESSI 2013

Pilihanraya Ketua Peljar MTAZ akan berlansung hari ini untuk memilih seorang Ketua Pelajar. Semoga pilihan pelajar mencerminkan idealisma dan pemikiran yang matang dibimbingi guru guru yang dedikasi.