Skip to main content

Posts

PROGRAM LATIHAN TAHFIZ MUSIM CUTI 2011

Tanggal 20 November 2011 lalu telah bermula Program Latihan Tahfiz Musim Cuti MTAZ 2011. Peserta adalah dikalangan pelajar MTAZ yang diwajibkan dan beberapa peserta luar. Permintaan yang diterima terlalu ramai namun pihak pengurusan terpaksa menolak kerana masalah penempatan. semoga peserta dapat menjalani program sehingga ke akhirnya.

NAIK TARAF SURAU & PENMBAHAN KELAS

Bermula 1 November 2011 lalu kerja kerja menaiktaraf musolla MTAZ telah dijalankan. Kerja kerja menyiapkan tingkat 2 Musolla untuk dijadikan pejabat pentadbiran bagi melicinkanlagi penguran di MTAZ. masa yang sama kerja kerja menyiapkan 2 unit kelas berhampiran kolam renang juga dijalankan. Walaupun kerja kerja sedang dijalankan ianya tidak menghalang program Pemantapan Hafazan Musim Cuti 2011 dijalankan. Memang pada zahirnya ada sedikit kesulitan namun alah bisa tegal biasa para pelajar dan peserta dapat menjalani program dengan baik. Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan untuk kemudahan masa depan ini. Menurut Pengarah MTAZ , Ustaz Ashri Lateh, kerja kerja ini akan selesai menjelang permulaan sessi pembelajaran 2012 pada 7 Januari 2012 nanti Insyaallah.

KUNJUNGAN "THE MEKKE EDUCATION FOUNDATION ,TURKEY

Tarikh : 6 September 2011 Tempat : MTAZ  Masa 10.00 am Agenda : Perbincangan program Pertukaran pelajar antara Sekolah Tahfiz dibawah naungan  THE  MEKKE EDUCATION FOUNDATION dan MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH. Semoga usaha ini membuka lembaran baru perkembangan pendidikan di MTAZ.

PENUTUP IHYA RAMADHAN;SEDERHANA TETAPI BERMAKNA

TARIKH : 26 OGOS 2011 MASA     : 09.30 AM TEMPAT : MASJID AL AZIM ,PANDAN INDAH ACARA  : MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADHAN &                   PEMANTAPAH HAFAZAN 2011