Skip to main content

Posts

NAIK TARAF SURAU & PENMBAHAN KELAS

Bermula 1 November 2011 lalu kerja kerja menaiktaraf musolla MTAZ telah dijalankan. Kerja kerja menyiapkan tingkat 2 Musolla untuk dijadikan pejabat pentadbiran bagi melicinkanlagi penguran di MTAZ. masa yang sama kerja kerja menyiapkan 2 unit kelas berhampiran kolam renang juga dijalankan. Walaupun kerja kerja sedang dijalankan ianya tidak menghalang program Pemantapan Hafazan Musim Cuti 2011 dijalankan. Memang pada zahirnya ada sedikit kesulitan namun alah bisa tegal biasa para pelajar dan peserta dapat menjalani program dengan baik. Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan untuk kemudahan masa depan ini. Menurut Pengarah MTAZ , Ustaz Ashri Lateh, kerja kerja ini akan selesai menjelang permulaan sessi pembelajaran 2012 pada 7 Januari 2012 nanti Insyaallah.

KUNJUNGAN "THE MEKKE EDUCATION FOUNDATION ,TURKEY

Tarikh : 6 September 2011 Tempat : MTAZ  Masa 10.00 am Agenda : Perbincangan program Pertukaran pelajar antara Sekolah Tahfiz dibawah naungan  THE  MEKKE EDUCATION FOUNDATION dan MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH. Semoga usaha ini membuka lembaran baru perkembangan pendidikan di MTAZ.

PENUTUP IHYA RAMADHAN;SEDERHANA TETAPI BERMAKNA

TARIKH : 26 OGOS 2011 MASA     : 09.30 AM TEMPAT : MASJID AL AZIM ,PANDAN INDAH ACARA  : MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADHAN &                   PEMANTAPAH HAFAZAN 2011

SEKITAR LAWATAN KE HOSPITAL AMPANG SEMPENA IHYA RAMADHAN

PROGRAM IHYA RAMADHAN & PEMANTAPAN HAFAZAN

Program Ihya Ramadhan & Pemantapan Hafazan MTAZ 2011 telah berlansung mulai 22 Ogos lalu di Masjid Al Azim, Pandan Indah. Program telah di rasmikan Pembukaan oleh Yb Tn Ir Iskandar Abdul Samad, ADUN Cempaka merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Perumahan,Pengurusan Bangunan & Setinggan.

PELAJAR MTAZ DI HARI HUFFAZ KE 5

Pada 20 & 21 Ogos 2011 yang lalu telah berlansung Hari Huffaz Selangor Kali Ke 5. Program telah berlansung di Masjid Negeri Shah Alam. Himpunan pelajar pelajar Tahfiz seluruh pelusuk Negeri Selangor itu memberikan satu motivasi besar untuk seluruh institusi Tahfiz mengorak langkah dengan penuh iltizam dan semangat kerjasama. Prog yang di anjurkan PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor ) ini amat meriah. MTAZ mengucapkan tahniah kepada PITAS dan seluruh pihak yang menjayakan Hari Huffaz 2011

MAJLIS KHATAM, PERPISAHAN GURU & IFTAR BERSAMA AHLI LEMBAGA

TARIKH : 17 RAMADHAN 1432 ( 17 OGOS 2011) LOKASI : MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH MASA    : 5.30 PM ACARA  : Majlis Khatam Hafazan 3 palajar Mtaz iaitu Nadzirah Abdul Aziz, Aisyah Atikah Bt Ali                    dan Muliawati.                  Berlansung juga Majlis perpisah 2 guru MTAZ yang akan menyambung pelajaran iaitu                  - Ustazah Siti Fatihan Rusli                  - Ustazah Suryanie kamal Majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa secara berjamaah, solat Maghrib dan solat Isyak serta taraweh. Majlis dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Umi Norlayani Othman, Tn hj Karim Taib , Pn Jasmin Baba dan guru guru sert...