Skip to main content

Posts

CERAMAH ISRAK WAL MIKRAJ MTAZ

Pada 29 Jun 2011 Satu ceramah Israk Mikraj telah diadakan di peringkat MTAZ. KAli ini MTAZ menjemput Ustaz Hj Muhammad Bin Yusuf ,Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Majlis bermula jam 11.00 am dan tamat sekitar jam 12.30 tgh. Alhamdulillah ceramah berjalan lancar dan bermanfaat kepada pelajar. Semoga kita dapat menghayati rahsia peristiwa Israk Wal Mikraj dengan sebaiknya.

SELAMAT KEMBALI

Assalammualaikum MTAZ mengucapkan selamat kembali ke Kampus Az Zahrah kepada seluruh puteri puterinya. Semoga cuti yang dilalui memberikan motivasi untuk meneruskan perjuangan dengan penuh semangat mencapai cita cita . Semoga azam untuk cemerlang menjadi agenda utama anda semua. Selamat kembali. Pengurusan MTAZ

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2011 (LASABELA)

Hari Ke 3 ( 31 Mei 2011) Meneruskan perjalanan untuk hari terakhir, Bersarapan padi di rumah ibunda Ustaz Ashri ( Pengarah MTAZ) Seterusnya menuju Ke Padang Besar...apa lagi melayan karenah anak nak dan ibu ibu untuk agenda layan mata dan jamu mata (shoping) Dari Padang Besar rombongan terus menuju ke Negeri Perak destinasi terakhir. Tiba Di Maahad Tahfiz Tarbiah Ummah ,Batu Kurau... sambutan penuh mesra ...terharu... Kedua dua sekolah mempersembahkan persembahan mereka sebagai tanda persahabatan dan ukhuwah. Tenaga Utama MTTU Ustaz Manolito Dahlan dan Tenaga Utama MTAZ Ustaz Ashri Lateh bertukar tukar pandangan Mudirah MTTU dan Mudirah MTAZ bertukar cenderahati kenangan. Terima Kasih dari kami semua atas sambutan kunjungan kami. Para pelajar mengabadikan kenangan di Zoo taiping setelah menjalani perjalan malam dunia Binatang (Night safari Zoo Taiping) Rombongan bertolak pulang Ke Hulu Langat dari Zoo Taiping pada jam 10.30 malam

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2011 (LASABELA)

HARI KEDUA 30 Mei 2011 8. 00 pagi bertolak ke Darul Ulum Al Hilmiah, Kepala Batas Kedah. Sambutan cukup mesra dari warga Darul Ulum Al Hilmiah. Setelah Ramah mesra di Darul Ulum bertolak Ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan diberi taklimat operasi dan halatuju KUIN serta melawat bahagian Kursus Kejururawatan. Menarik. Meneruskan perjalanan menuju Negeri Perlis Indera Kayangan, Singgah di MAsjid Alwi Arau, menunaikan solat dan makan tengah hari. (Sponsor daripada keluarga bekas pelajar MTAZ Qaterunnada Hasna...Thanks) Meneruskan perjalanan ke Jejawi melawat Kilang HPA.. Bertolak ke tempat penginapan di Bukit Air- Solat, Tazkirah Oleh Ustaz Amaluddin dan BBQ serta kembara malam (menyimpah tenaga untuk esok)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2011 (LASABELA)

Hari Pertama (29 Jun Mei 2011 ) Bertolak dari MTAZ ( 9.00 am) Makan Tengah hari di Pusat Pendidikan Islam Selinsing,Perak. Meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang melalui jambatan dan bersantai di Padang kota seterusnya menuju Sungai Petani(melalui feri) Makan Malam di Radix Fried Chiken , Laguna Merbuk, Sungai Petani dan bermalam di Homestay HPA... Bro.Mokhlis yang menunjukkan rumah rumah oenginapan kepada kami pada malam tersebut. terima kasih bro.

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA

PROGRAM DIALOG BERSAMA IBUBAPA Program dialog ibubapa akan berlansung seperti berikut Tarikh : 5 Mac 2011 Masa 8.00 pagi Tempat : Musolla MTAZ Aturcara Penuh: 8.00- 11.00 am - Musabaqah hafazan antara pelajar 10.30-11.30 am - Taklimat sambung belajar (oleh Pusat Pra asasi KUIS) 11.30- Majlis Dialog 12.30 - Penyampaian Hadiah & sijil 1.00- makan tengahhari & solat Zohor 1.45 - Tazkirah maulidurrasul & salawat serta qasidah 3.30 bersurai Harap maklum dan diharapkan ibubapa tidak menguzurkan diri Wassalammualaikum wm wbr