Skip to main content

Posts

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432

Sambutan Maulidurrasul peringkat MTAZ berlansung sederhana dan ringkas tetapi meriah. Program dimulai dengan perarakan oleh setiap kumpulan usrah pelajar. Perarakan yang dikendalikan oleh Unit tarbiah dan asrama melibatkan semua pelajar berarak menuju ke Masjid Kariah Kg Jawa dan kembali semuka ke MTAZ. Pihak polis dari Balai Batu 18 turut memberikan kerjasama memantau keselamatan. MTAZ mengambul kesempatan ini mengucapkan terima kasih. Selesai perarakan pelajar meneruskan aktiviti dengan mengadakan pertandingan pengkisahan sirah rasul. Semoga program yang berlansung ini menyemarakkan rasa kecintaan kepada Rasullullah dan semangat meneruskan tugas rasul tidak kunjung padam sehingga sinar Islam digemilangkan.

2 PELAJAR MTAZ KHATAM HAFAZAN

Pada `12 Feb 2011 lalu 2 pelajar MTAZ menamatkan hafazan mereka menjadikan mereka adalah pembuka tirai pelajar khatam tahun 2011. Mereka yang khatam ialah Aina Nadhirah Azman dan Ihda Husnayain Md Zaidi. Kejayaan mereka menamatkan hafazan menjadikan bilangan pelajar khatam semenjak MTAZ ditubuhkan pada Jun 2000 seramai 27 orang. semoga kejayaan mereka menjadi pendorong kepada pelajar yang masih bermujahadah menghafal di Az zahran. MTAZ mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka berdua dan kepada ibubapa mereka yang telah memberikan dorongan serta sabar menanti kejayaan anak mereka.

ITHBAT HAFAZAN MTAZ

Ithbat Hafazan MTAZ berlansung mulai hari ini selama dua hari 11 & 12 Disember 2010. Ithbat Hafazan kategori 5 Juzuk itu di laksanakan oleh Panel jemputan yang mendengar keseluruhan bacaan peserta yang terlibat. Seramai 18 peserta dan 5 Panel terlibat dalam Ithbat kali pertama diadakan ini. MTAZ mendoakan agar peserta dapat lulus keseluruhannya Insyaallah.

MUSABAQAH TAHFIZ MTAZ

11 Dec 2010 sedang berlansung Musabaqah Tahfiz peringkat MTAZ sempena Program Latihan tahfiz Musim Cuti (PLTMc 2010) Musabaqah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: a) Kategori Surah surah Lazim b) Kategori Juzuk 30 c) Kategori Surah pilihan (4 surah)

PROGRAM TAHFIZ MUSIM CUTI (PLTMc)

Program Latihan Tahfiz Musim Cuti MTAZ telah bermula pada 21 November lalu. Program ini turut disertai peserta luar seramai 30 orang. Pelajar MTAZ seramai 60 orang diwajibkan menyertai program tahunan ini. Program ini antara lain bertujuan mengukuhkan keupayaan pelajar dan peserta terhadap apa yang telal di hafaz . Program yang diisi dengan hafazan dan ulangan Al Quran ini turut ditampilkan dengan pendedahan kepada perkara fardhu ain,kemahiran berfikir, pembinaan sakhsiah dan keterampilan diri. PLTMc dirasmikan oleh Tuan Hj Karim Taib ,Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola MTAZ. Tahniah kepada peserta luar yang dapat menyertai program ini dalam ruang yang cukup terhad. MTAZ menerima banyak permohonan untuk menyertai program ini namun keadan tempat tidak mengizinkan. Semoga peserta dapat menjalani seluruh modul dengan jayanya Insyaallah. SELAMAT BERPROGRAM

KUNJUNGAN YAYASAN JAKARTA ISLAMIC SCHOOL

30 Oktober 2010 MTAZ menerima kunjungan tetamu dari Indonesia. Rombongan yang diketua seorang guru beserta 8 pelajar adalah dari Yayasan Jakarta Islamic School ,Manunggal Jakarta Timur Indonesia. MTAZ berbesar hati menerima kunjungan yang semestinya mengundang rahmat dari Allah swt. kedatangan Mereka disambut Oleh Mudirah dan guru guru. walaupun pelajar MTAZ dalam suasa peperiksaan Akhir Tahun namun pertemuan singgkat ini memberikan nilai ukhuwah yang cukup mendalam. Ahli rombongan diberikan taklimat ringkas berkaitan MTAZ dan perkembangan.Rombongan seterusnya melawat kawasan sekeliling MTAZ. Lawatan singkat lebih kurang 2 jam merakamkan kenangan indah buat MTAZ apabila dikunjungi oleh tetamu dari luar negara.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan akhir tahun MTAZ sedang berjalan sekarang ini. Peperiksaan yang bermula 18 Oktober 2010 akan berakhir pada 3 November 2010. Pihak maahad mengharapkan ibubapa dan penjaga dapat mendoakan kejayaan mereka. Pihak MTAZ juga mengharapkan peperiksaan yang dijalankan menjadi medan untuk menguji pencapaian para pelajar sepanjang pembelajaran mereka untuk sessi 2010.