Skip to main content

Posts

PELAJAR MTAZ DI SAMBUTAN HARI HUFFAZ SELANGOR

Sambutan hari huffaz Selangor telah berlansung bermula 27- 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Sultan Salehhuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam. Program anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor (PITAS) berjaya mengumpulkan 1400 pelajar yang turut dihadiri oleh pengusaha pusat tahfiz dan guru guru. Program dirasmikan oleh Yang berhormat Dato Dr Hassan Mohd Ali ,Pengerusi Jawatankuasa tetap Hal Ehwal Islam,Adat Melayu,Insfrastruktur dan Kemudahan Awam mewakili YAB Tan sri Dato Sri Menteri Besar Selangor. Pelajar MTAZ turut hadir menjayakan sambutan tersebut. YB Dato Dr Hassan Mohd Ali Berucap merasmikan program mewakili Y.A.B Tan Sri dato sri Menteri Besar selangor Ustaz Ashri Bin Lateh,Pengarah Program & Pembangunan MTAZ berucap mewakili Pengerusi PITAS Pada majlis sambutan hari Huffaz Selangor.

SEKITAR PERASMIAN 10 TAHUN MTAZ ;Oleh Yb Dr Che Rosli Che Mat. Ahli Parlimen Hulu Langat

FORUM PERDANA;SAMBUTAN 10 TAHUM MTAZ

Pada 6 Ogos 2010 yang lalu telah berlansung Forum perdana sempena sambutan 10 Tahun MTAZ. Forum bertajuk " Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Al Quran Di Junjung" membariskan 2 ahli panel hebat iaitu Dato Hj Mohamad Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah) dan Dato Hj Sheikh Mohamah Nor Mansor Al AHfiz (Pengarah Jabatan Agam Islam Perak). Forum di pengerusikan oleh Ustaz Ashri bin Lateh Al Hafiz (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ )

TANDA KEBESARAN:KALIMAH ALLAH PADA DAGING

kebesaran allah dapat dilihat di mana mana.Baru baru ini ketika meraikan sambutan 10 tahun MTAZ LAFZU jalalah dijumpai oleh cikgu Norashikin pada daging yang dipotong ,bagi jamuan kenduri.Di atas dipaparkan beberapa gambar untuk renungan bersama الله
JAWATAN KOSONG GURU TAHFIZ SEPENUH MASA DIPERLUKAN Kami memerlukan Guru Tahfiz sepenuh masa untu mengisi kekosongan di Maahad ini ,SEGERA Kelayakan 1. Perempuan berumur 19 tahun dan ke atas. 2. Mempunyai sijil/Diploma /Ijazah dalam hafazan Al Quran dari pusat pusat tahfiz yang diiktiraf 3. Minat mendalam dan boleh tinggal di asrama

LOGO RASMI SAMBUTAN SEPULUH TAHUN

HARI GURU MTAZ ;SEDERHANA NAMUN MERIAH

Majlis Sambutan Hari Guru MTAZ disambut sederhana namun meriah. Majlis diaturkan oleh Badan Pengawas MTAZ dimeriahkan dengan ucapan wakil guru dan wakil pelajar dan persembahan pelajar. Semoga guru guru akan terus bersemangat menabur bakti dengan penuh dedikasi. SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU MTAZ