Skip to main content

Posts

GALERI IDEA PENCETUS MAKLUMAT

KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ BESAR KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ BESAR

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi

PELAJAR MTAZ PERHATIKAN FENOMENA GERHANA MATAHARI

Pelajar pelajar MTAZ mengambil kesempatan menyaksikan fenomena gerhana matahari yang berlaku pada 15 januari 2009.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM SILATURRAHIM

Majlis Penutupan Program silaturrahim 2010 MTAZ telah berlansung pada 8 Januari 2010 jam 9.00 pagi di Musolla MTAZ. Majlis disempurnakan oleh Timb alan Pengerusi Lembaga MTAZ Tuan Haji Abdul Karim Taib. Majlis sederhana ini tetap meriah deng an ucapan Puan Mudirah dan Taujihat Tuan Haji Abdul Karim yang amat bermakna menyuntik semangat pelajar untuk menekuni budaya Ilmu. Beliau menekankan aspek kesungguhan y ang disusuli dengan niat keikhlasan kepada Allah adalah kunci kejayaan di samping mengharap rahmat Allah akan menaungi kehidupan dan gerak kerja. Program turut diserikan dengan acara deklamasi sajak oleh tiga pelajar yang amat menyentuh tangkai hati pel ajar bertemakan kesungguhan dan ketabahan menuntut Ilmu Allah adalah perjuangan yang mesti dilestarikan. Majlis dimulai dengan bacaan ayat ayat suci Al Quran Tuan Haji abd Karim menyampaikan Taujihat Penyampaian hadiah kepada penang pertandingan semasa Program silaturrahim Persembahan deklamasi sajak

SUKANEKA PENUTUP MINGGU SUAIKENAL

Pelajar bersarapan pagi di gigi sungai sebelun acara bermula,setelah penat berjalan sejauh 4 KM Acara sukaneka dijalankan Kerjasama antara peserta antara objektif program Pelajar MTAZ mengadakan sukaneka bertempat di Kem Herba ,Sungai Congkak sebagai agenda penutup minggu suai kenal. Sebelum itu pelajar memperteguhkan kekuatan jasmani dengan mengadakan aktiviti "jogging" sejauh 4 KM menuju Sungai Congkak yang turut disertai oleh beberapa orang guru.

RIADAH SIHATKAN MINDA

Riadah antara aktiviti MTAZ untuk mempastikan pelajar dalam keadaan sihat dan cergas. Aktiviti riadah yang dijalankan pada pagi 06 01 10 pimpinan Cikgu Syikin.

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2010

Mesyuarat guru kali pertama MTAZ telah dijalankan pada 06 Januari 2010. Mesyuarat diadakan untuk melihat keperluan pelaksanaan pembe;ajaran sessi 2010. Mesyuarat juga memutuskan Fortfolio terkini kakitangan seperti dinyatakan untuk tindakan ibubapa dan penjaga. 1. USTAZ ASHRI LATEH - PENGARAH PROGRAM & PEMBANGUNAN 2.USTAZAH MASTURA MOHAMMAD - Mudirah - Ketua Unit Tahfiz 3. CIKGU NORASHIKIN CHE SAAD - Ketua Bahagian Kewangan Dan P&P - Ketua Unit Akademik - Penasihat Koperasi 4. ABD WAHID ZAINOL ABIDIN - Bahagian Pentadbiran & HEP 5. USTAZAH NUR ATIKAH RIFFIN - Ketua Unit Diniyyah - Penasihat lajnah Fatayat 6. USTAZAH NOR AINA SUZANA - Ketua Unit Ko-Kurikulum - Penasihat Perpustakaan 7. USTAZAH NURUL MASYITAH SAPAI - Ketua Unit Asrama - Unit Disiplin & tarbiah - Penasihat Lajnah Bahasa Arab 8. USTAZAH FADZILAH BINTI ABDUL HALIFF - Unit Tarbiah & disiplin - Penasihat Lajnah Tahfiz 9.HAMIZAH BINTI HAMZAH - Pembantu Asrama