Skip to main content

Posts

PROGRAM KORBAN MTAZ

Program Program Korban MTAZ telah dijalankan pada 30 November 2009. Seekor lembu telah dikorbankan dengan kerjasama penduduk Kampung Jawa ,dan Perkampungan Darul Hidayah, Hulu Langat dan beberapa ibubapa. Alhamdulillah program berjalan lancar .Setelah tamat acara penyembelihan dan mengagihkan daging tetamu menjamu selera hidangan istimewa yang disediakan. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Lembaga MTAZ En Abdul KArim Taib. MTAZ mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah dihulurkan. SEMOGA SEMANGAT KORBAN SUBUR DALAM JIWA KITA.

JAWATAN KOSONG (Klik Pada gambar untuk pembesaran imej)

PENGAMBILAM PELAJAR BARU(Klik Pada gambar untuk imej lebih jelas)

PELUANG TAMBAH PAHALA

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

SUMBANGAN NOAH FOUNDATION DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 11 September yang lalu Majlis berbuka puasa yang disumbangkan oleh Noah Faundation di adakan di MTAZ. Puan Hajah Norlayani dan wakil Noah Faundation telah hadir dan pada majlis tersebut MTAZ menerima sumbangan RM 5000.00. Turut hadir Tuan Haji Abdul Karim ,Tn Hj Roslan dan HJH Jasmin Baba. Solat taraweh pada malam tersebut diimamkan oleh Ustaz Faisal juga merupakan ahli Lembaga MTAZ. Keesokan harinya pada 12 September berlansung pula majlis berbuka puasa dan solat taraweh bersama ibubapa.MAjlis bermula jam 6.30 petang dan kehadiran ibubapa juga berbetulan untuk mengambil anak masing masing yang mula bercuti untuk Aidilfitri mulai hari tersebut.

MTAZ TERIMA RM 20,000.00

Shah Alam 13 September 2009,MTAZ menerima sumbangan sebanyak RM 20,000.00 untuk aktiviti kecemerlangan pelajar. Sumbangan diterima daripada Lembaga Zakat Selangor. Cek disampaikan oleh Pengarah MAIS kepada Pengarah Pembangunan dan Program MTAZ ,Ustaz Ashri Lateh. Penyerahan cek tesebut disampaikan dalam Program Hari Huffaz Selangor yang berlansung selama 3 hari bermula 11 September dan berakhir hari ini (13 september) dan Pengarah MAIS hadir menutup program tersebit. Program anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Negeri selangor ini berlansung dengan penuh meriah dan ceria. Program ini turut ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri,KDEB, WAMY,LZS dan beberapa agensi lain diharapkan mendapat kerahmatan daripada Allah swt.