Skip to main content

Posts

SEKITAR HARI KELUARGA 2009

HARI KELUARGA MTAZ MERIAH

MTAZ 16 Ogos 2009. 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari,Hari Keluarga MTAZ 2009 berlansung dalam suasana sederhana tetapi meriah. Program ini merupakan acara tahunan turut disertai oleh ibupapa dan keluarga. Turut memeriahkan program Ialah pengerusi Lembaga Hajah Norlayani Othman, Ahli lembaga En Abdul KArim Taib,Hajah Jasmin Baba dan Encik Mohd Faisal Roslan. Beberapa acara menarik dijalankan pada program tersebut seperti mencari harta karun dan sukaneka. Ustaz Ashri yang merupakan pengarah Program dan Pembangunan MTAZ dalam ucapan ringkasnya berharap program ini dapat menautkan mahabbah dan kerjasama jitu antara seluruh warga MTAZ. Krew berita penerbitan MTAZ mengucapkan tahniah kepada seluruh pihak yang menjayakan Program Hari Keluarga MTAZ 2009.

Bacaan Al Quran secara "marathon"

MTAZ,Jumaat 7 Ogos (sekarang ini sedang berjalan Halaqah Al Quran. Pelajar yang dipilih membacakan secara hafazan setengah juzuk seorang bermula Juzuk satu dan sasaran pada hari ini sehingga juzuk sepuluh. Objektif pelaksanaan adalah untuk memantapkan hafazan pelajar dan membina keterampilan untuk membaca apa yang di hafal dengan penuh yakin. Tuan Pengarah ,Ustaz Ashri memulakan Halaqah pagi tadi. Antara pelajar yang telah menghabiskan bacaan setengah juzuk masing-masing

KHENDURI KESYUKURAN & DIALOG

Pada 19 Julai 2009 telah berlansung Program Khenduri kesyukuran di MTAZ dan majlis Dialog bersama Ibubapa.Program berjalan seawal jam 9 am dimulai ceramah oleh Ustaz Amaluddin Lamani. Alhamdulillah ,walaupun ramai ibubapa tidak dapat hadir ,majlis berjalan lancar dan meriah. MTAZ berharap seluruh warga MTAZ baik Guru guru mahupun ibubapa terus menyatakan komitmen untuk menjayakan matlamat MTAZ.

3 Pelajar Khatam

Alhamdulillah pada 30 Julai 2009 yang lalu 3 pelajar MTAZ berjaya menamatkan Tasmik hafazan masing-masing. Pelajar tersebut ialah Nur Alia biti Anuar dan dua pelajar Aceh ; Mawaddahturrahmi dan Dina Hayatun. MTAZ mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejayaan tersebut. Majlis turut di hadiri oleh Ibubapa dan penjaga pelajar terbabit.

JAWATAN KOSONG

PENYELIA ASRAMA Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di atas. Kelayakan adalah seperti berikut 1. Muslimah ,bujang berumur 20 tahun ke atas 2.Kelulusan sekurang-kurangnya STPM/ Diploma dan mahir Fardhu ain 3.Boleh tinggal sepenuh masa di asrama 4.Mempunyai lesen memandu satu kelebihan 5.Sanggup bekerja lebih masa

MAJLIS KESYUKURAN & DIALOG IBUBAPA

Assalammualaikum Kepada seluruh ibubapa & Penjaga Program Majlis Kesyukuran dan Dialog ibubapa akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 19 Julai 2009 Hari : Ahad Masa : 9.00 am Tempat : Maahad TAhfiz Az Zahrah Pengisian 1. Ceramah ISrak Wal Mikraj 2. Dialog Bersama Ibubapa 3. Jamuan Semua ibubapa diminta tidak menguzurkan diri Pentadbiran MTAZ