Bentuk-bentuk penjagaan dan Sejarah penulisan Al-Quran
Penulisan di zaman Rasulullah
Sepertimana yang tersebut di atas, Penjagaan Al-Quran telah bermula sejak ianya mula diturunkan. Penjagaan ini dilakukan didalam dua bentuk :
Pertama : Hafazan ; Setiap kali menerima Wahyu , Rasulullah sendiri akan menghafaznya lalu menyampaikan kepada para sahabat. Para sahabat yang menerima bacaan itu akan terus menghafal didada dada mereka, menurut riwayat mereka tidak akan mengambil ayat ayat yang baru melainkan setelah mereka menghafal dan mengamalkan ayat ayat yang mereka terima.Mereka menerima sebanyak lima lima atau sepuluh sepuluh ayat.
Kedua : Penulisan ; Apabila Wahyu diturunkan Rasulullah akan menyampaikan kepada manusia dan memerintahkan penulis penulis wahyu untuk menulisnya dengan menunjukkan tempat untuk diletakkan surah dan ayat tersebut. Mereka menulis pada pelepah-pelepah tamar dan tulang belulang kerana ketiadaan atau kekurangan kertas.
Kesimpulannya selesai sahaja penurun wahyu kepada Rasulullah S.A.W Al-Quran telah tertulis keseluruhannya, tetapi ianya tidak didalam satu mashaf seperti sekarang dan masih tidak tersusun kadudukan surah bahkan terpisah dalam lembaran pelepah tamar dan tulang belulang dan ianya juga dipelihara dalam dada para sahabat serta Rasulullah sendiri.
Penulisan di zaman Saidina Abu Bakr R.A
Setelah Baginda Rasulullah wafat Saidina Abu Bakr mengambil alih memimpin umat, semasa pemerintahannya berlaku satu peperangan yang mengorbankan sebilangan besar para penghafal Al-Quran, setelah mendapat cadangan dan desakan dari Saidina Umar ,Amirul mukminin pun bersetuju untuk menulis dan mengumpulkan Al-Quran yang ditulis dizaman Rasulullah. S.A.W .
Penulisan ini dijalankan oleh Saidina Zaid bin Thabit dibawah penyeliaan Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar R.A dengan penuh berhati hati bagi memastikan agar apa yang dituliskan adalah benar benar Al-Quran yang diriwayatkan secara mutawatir , tetap ada pada pembentangan terakhirdan tidak dinasakhkan bacaannya serta tidak diriwayatkan secara Ahaad atau apa yang ditambah seperti penerangan dan ta'wil ta'wilan. Saidina Zaid juga amat berhati hati dalam menentukan susunan ayat dan surah. Antara dasar yang dipegang oleh Saidina Zaid ialah :
1. Mengambil dan mengumpul dari dua sumber utama iaitu apa yang ditulis dizaman Rasulullah S.A.W dan yang dihafaz oleh para sahabat.
2. Tidak menerima sesuatu ayat yang dikemukakan melainkan disaksikan dengan dua saksi yang adil bahawa ianya ditulis dihadapan Rasulullah S.A.W
(Bersambung...siri 3)