Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

SEKITAR PILIHANRAYA PENENTUAN KETUA PELAJAR MTAZ

TARIKH : 24 FEB 2012 MASA     : 11. 30 am TEMPAT : MUSOLLA MTAZ Calon Calon bertanding Pelajar sedang membuang undi Proses kiraan undi Calon calon melihat proses kiraan undi Pelajaar menunaikan hak mengundi memilih ketua mereka Suasana kempen Poster poster calon Penjumlahan undi dan keputusan pemenang

CAMBAH MINDA : DARI PENGALAMAN LAWATAN KE TURKI

Ustazah Auni dengan penuh semangat memulakan bicara Pada 24 Feb 2012  telah berlansung satu talk show "Cambah Minda : Kembali Ke Bumi Khalifah" sebagai pengkisahan dan perkongsian pengalaman dan ilmu daripada guru dan pelajar yang menyertai lawatan ke Turki baru baru ini. Talk Show menampilkan Ustaz Yasir sebagai moderator. Kesemua pelajar terlibat menceritakan pengalaman masing masing dan didengari oleh semua pelajar dengan penuh tekun. Talk show di akhiri oleh pengulungan oleh Ustaz Ashri selaku ketua rombongan. sememangnya cukup banyak ilmu dari perjalanan jauh ini andai dikongsikan dengan penuh bijaksana, Talk show yang turut dihadiri oleh Tn Hj Karim Taib selaku Timbalan Pengerusi lembaga Pengelola MTAZ menjadikan perkongsian ini lebih bermakna. Ustaz Yasir selaku Moderator Mawaddahturrahmi Menceritakan pengalamnya Aina Nadhirah turut berkongsi buah fikiran dan pengalaman Nabila Natasya menceritakan pengalaman di bumi Khalifah Terakhir Para pelajar

PERPISAHAN DI BURSA MENUJU ISTANBUL

1 Feb 2012 sekitar jam 4.40 pm (waktu Malaysia) menerima sms daripada Ustaz Ashri minda buat panggilan ke telefon bimbit beliau yang sedang berada di Bursa, Turki. Jika panggilan dari Malaysia kos dapat dijimatkan pada "charge panggilan daripada RM 8.00 kepada RM 4.00 sahaja. Semasa berbual Ustaz Ashri memaklumkan situasi ahli rombongan semua baik sahaja. mereka sekarang dalam perjalanan menaiki "transit" dari Bursa menuju ke Isntanbul. Cuaca dikhabarkan pada tahap 3 darjah C. Menurut Ustaz Ashri ,informasi dari sahabat sahabat Turki memaklumkan keadan cuaca sejuk yang dialami sekarang adalah fenomena luarbiasa yang dirasaisejak 18 tahun. Semasa di Bursa ahli rombongan sempat melawat Markaz Aimmah Wlkhuthaba' Bursa ,Turkey. Ahli rombongan akan menziarahi tempat sekitar Istanbul sebelum dijadualkan berangkat kembali ke Malaysia pada 4 feb 2012. Admin mengucapkan selamat meneruskan kembara merakam kenangan sebagai ibrah berguna.