Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

MENGAJI AL-QURAN ONLINE (ONE TO ONE)

  MENGAJI AL-QURAN ONLINE (ONE TO ONE) Jom Baca dan Hafaz Al-Quran Asas (IQRA’) Talaqqi Al-Quran Tajwid Tahfiz Belajar IQRA’ Personal,One to One Bersama Guru (Mula dari mengenal huruf Alif Ba Ta). Kelas Tahfiz Online Terbuka dan Tajwid ____________ Terbuka kepada Remaja Dan Dewasa. Mengaji Online secara personal bersama guru. Lebih fokus dan selesa tanpa rasa malu dengan belajar secara personal. Masa yang fleksibel (10 minit satu sessi) Bebas untuk belajar online dimana sahaja anda berada. Kelas pada Hari Isnin - Khamis (8.30pg-12.30tgh) JOM MENGAJI ONLINE SLOW-SLOW SAMPAI BOLEH BACA DAN HAFAZ AL-QURAN DGN LANCAR DAFTAR SEGERA Sebarang pertanyaan boleh ke fb MTAZ : Mtaz Az Zahrah

Majlis Khatam 2021

Tahniah diucapkan kepada : 1. Nurhani Bt Khairil Wahidin 2. Isra' Bt Azmil 3. Nurhana Bt Khairil Wahidin 4. Nuramanina Najla Bt Abdul Rahim Kerana telah berjaya menamatkan 30 Juzul Al-  Quran. 

Watikah 2021

 Watikah perlantikan Pengawas, Ahli Jawatankuasa BADAR, Naqibah dan Ketua Dorm sesi 2021 yang telah berlangsung pada 12 April 2021 (Isnin). Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih menjadi pemimpin di MTAZ. Semoga amanah yang diberikan menjadi tanggungjawab untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar yang lain.

Produk Az Zahrah

 Produk terbaru dari MTAZ :) Roti Az Zahrahwi. :)

Majlis Mohon Restu

 19 Februari 2021 (Jumaat) Majlis Mohon Restu pelajar SPM fast track 2020 bersama guru-guru sebelum mereka menduduki peperiksaan pada 22 Februari 2021. Semua guru mendoakan semoga kalian mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Program Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa

Berakhir sudah Program Ramah Mesra sesi 2021 bersama ibu bapa pelajar dan guru-guru mengikut norma baharu yang dibuat secara online mengikut Mustawa selama 3 hari. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program ini yang juga telah memberikan cadangan dan pandangan untuk MTAZ terus ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. 1 Mastura Mohammad

Salam Takziah

    ‎ إنا لله وإنا إليه راجعون ‎ اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنه Dukacita dimaklumkan bahawa Hjh Norlayani Bt Othman (Umi Norla) pengasas kepada MTAZ telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 petang tadi. Al-fatihah (di baca) semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Beliau telah mewakafkan sebanyak 5 hektar tanah dan sebuah banglo untuk dijadikan Maahad pada tahun 2000. Alhamdulillah, sekarang tertubuhnya MTAZ. Maahad ini telah melahirkan ramai hafizah dan hamlatul quran sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Pengorbanan dan kenangan umi, tidak kami lupakan sampai bila-bila. MTAZ telah kehilangan insan yang sangat istimewa, yang mulia dan pemurah. Semoga syurga buat umi.  

Majlis Iftitah

Majlis Iftitah secara online bersama guru dan pelajar pada 18 Januari 2021. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dijalankan di seluruh negeri Selangor, majlis ini tetap diadakan secara online di rumah masing-masing bersama guru dan pelajar lama serta beberapa orang pelajar baru bagi sesi 2021. Diharapkan semua pelajar terus bersemangat menghafaz al-Quran dan sama-sama kita doakan supaya penularan pandemik COVID19 ini dapat diputuskan. InsyaAllah.