Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

PROMOSIKAN IKLAN PERNIAGAAN ANDA !

Assalamualaikum w.r.t Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat akan menerbitkan majalah sekolah edisi Perdana. Majalah ini merupakan usaha yang dijalankan untuk merakam segala perjalanan aktiviti-aktiviti maahad sama ada tahfiz, diniyah, akademik mahupun kokurikulum. Penerbitan ini juga turut merakamkan kenangan manis aktiviti Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat. Objektif penerbitan majalah adalah : i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dalam menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu. ii. Mewujudkan kerjasama sesama pelajar dan melatih pelajar menghasilkan dokumentasi rasmi. iii. Penerbitan ini juga bertujuan supaya warga luar MTAZ dapat mengetahui segala aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh MTAZ. iv. Sebagai satu medium untuk mempromosikan MTAZ kepada umum. Istimewanya edaran majalah pada kali ini ia akan diedar pada Hari Terbuka MTAZ yang akan diadakan pada 1 Mei 2018 melibatkan orang ramai, ibu bapa pelajar dan

Nadwah Kepimpinan Pelajar 2018

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana program Nadwah Kepimpinan Pelajar 2018 telah selesai diadakan di D' Puncak Lui pada 2 hingga 4 Mac 2018 yang lalu. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang di alami semasa program ini diadakan tetapi semua guru dan juga pelajar tetap bersemangat untuk menjayakan program ini. Diharapkan kepada semua pelajar yang terlibat lebih berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat melaksanakan tugas dengan baik dan menghadapi cabaran sebagai pemimpin. Terima kasih juga kepada inTouch Traning & Consultancy kerana telah menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam. Semoga segala ilmu yang diberikan kepada pelajar MTAZ mendapat keredhdaan dariNya. InsyaAllah.