Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

SAMBUTAN HARI GURU 2018

16 Mei merupakan tarikh keramat bagi seorang guru kerana tarikh ini merupakan tarikh Hari Guru pada setiap tahun. Namun begitu, MTAZ juga telah menyambut Hari Guru pada 14 Mei 2018 iaitu pada hari isnin kerana memberi laluan kepada bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sambutan yang dirancang oleh badan pengawas MTAZ yang diketuai oleh Ustazah Siti Nur ‘Adilah yang merupakan guru disiplin MTAZ telah menambat hati guru-guru MTAZ dengan persembahan yang dilakukan oleh pelajar MTAZ. Walaupun ringkas tapi sangat memberi makna kepada guru-guru MTAZ. Di samping itu, MTAZ juga mengadakan majlis perpisahan kepada guru yang akan berhenti iaitu Ustazah Farahadilah dan Teacher Sulastri. Majlis perpisahan ini merupakan majlis untuk memperingati jasa mereka kepada MTAZ selama mereka berkhidmat di MTAZ. Kehilangan mereka amat diarasai bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada guru-guru MTAZ sendiri. Diharapkan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Insyaallah

KELAS MENJAHIT

MTAZ telah menyediakan 7 buah mesin jahit sebagai permulaan kelas menjahit yang diadakan pada setiap hari sabtu setiap minggu. Kelas ini diadakan untuk memberikan kemahiran dan bimbingan kepada peserta untuk menjahit dengan lebih baik mengikut ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dibawa dari luar. Selain itu, kelas ini terbuka kepada pelajar dan guru MTAZ yang berminat untuk menyertai dengan yuran sebanyak RM150 sebulan. Antara pakaian yang telah dijahit ialah blouse, skirt A cart, jubah dan sebagainya.

VAN SEKOLAH

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana MTAZ telah berjaya mendapatkan dana untuk membeli sebuah van sekolah yang bernilai RM 100, 000. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang telah menyumbangkan wang mereka sehinggakan pihak kami telah dapat merealisasikan untuk mempunyai sebuah van sekolah yang baru. Dengan adanya van ini, dapat memudahkan urusan sekolah sama ada untuk membawa pelajar MTAZ ke sesuatu tempat atau melakukan aktiviti luar sekolah yang memerlukan pengangkutan seperti van ini.