Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Sesi Taujihad

 18 Disember 2020 (Jumaat) Alhamdulillah berakhir sudah pembelajaran untuk sesi 2020. Walaupun hanya beberapa bulan sahaja pelajar berada di sekolah akibat daripada pandemik COVID19, mereka terus bersemangat untuk meneruskan hafazan di rumah masing-masing. JAIS telah mengarahkan semua sekolah di bawah PITAS untuk menutup operasi sekolah atas arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Selangor termasuklah MTAZ. Sesi Taujihad Sesi tauhijad telah diadakan secara zoom bersama pelajar dan guru. Ustazah mastura selaku Mudirah MTAZ telah memberikan beberapa pesanan dan nasihat antaranya supaya pelajar memantapkan hafazan dan ulangan. Namun, cuti sekolah bukanlah tiket untuk pelajar meninggalkan al-Quran.  Semoga bertemu semula pada sesi 2021. 

Doa Ketika Hujan

  Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa: اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا (Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)”. Antara salah satu waktu mustajab doa adalah ketika turunnya hujan. Jom tembak doa!

Puasa Bulan Muharam 1442H

 Assalamualaikum & salam jumaat ! اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ  Jom sama-sama kita rebut peluang untuk berpuasa pada bulan Muharam.

Selamat Ulang Tahun MTAZ !

Selamat ulang tahun Maahad Tahfiz Az Zahrah yang ke-20 tahun. Alhamdulillah, MTAZ sudah pun menjejak usia 20 tahun. Segala usaha gigih untuk mengekalkan maahad sehingga sekarang dapat dirasai oleh warga pendidik yang dari awal hingga kini masih setia bersama MTAZ. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang membantu MTAZ untuk meneruskannya sehingga sekarang. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam melahirkan generasi yang berjaya dalam bidang tahfiz sesuai dengan motto MTAZ iaitu ‘Hafizah Profesional Cemerlang Berperibadi Seimbang’

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Rayuan Bantuan

Assalamualaikum,  Alhamdulillah kita akan menghampiri bulan ramadhan tidak lama lagi. PKP juga akan diteruskan sehingga keadaan betul-betul pulih dari rantaian wabak COVID19.  Pihak MTAZ memohon rayuan sumbangan dari mana-mana pihak dalam membantu kewangan kami.  Semoga Allah memberkati sumbangan tersebut dan diucapkan jutaan terima kasih.  Keterangan lanjut boleh hubungi nombor yang tertera tersebut. 

Tazkirah (Siri 6)

Tajuk : Tadabbur Surah Luqman Oleh : Ustaz Ashri Bin Lateh Mari sama2 kita menghayati renungan daripada ayat 14 & 15 dan mendengar alunan bacaan daripada adik Naufal. Semoga bermanfaat.

Tazkirah (Siri 4)

Tajuk : Tadabbur Surah Luqman Oleh : Ustaz Ashri Bin Lateh Jom sama-sama kita menyelusuri intisari ayat 8, 9, 10 & 11 dari Surah Luqman. Semoga kita mendapat hikmah dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kita berkerjasama memutuskan rantaian wabak COVID19. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ.

Tazkirah (Siri 3)

Assalamualaikum, Alhamdulillah, tazkirah (siri 3) dari Ustaz Ashri Bin Lateh. Tajuk : Tadabbur Surah Luqman Jom sama-sama kita isikan masa terluang semasa PKP dengan perkara yang manfaat. Sama-sama kita doakan supaya COVID 19 akan berakhir. InsyaAllah.

Tazkirah (Siri 2)

Jom isikan masa PKP dengan mendengar Tadabbur Surah Luqman (Siri 2) bersama Ustaz Ashri Bin Lateh. Semoga menjadi manfaat untuk semua.

Tazkirah (Siri 1)

Mari kita manfaatkan PKP dengan mendengar slot Tadabbur Al-quran Surah Luqman (Siri 1). Tazkirah 5 minit bersama Ustaz Ashri Bin Lateh (Pengarah Maahad Tahfiz Az Zahrah)

Kejohanan Amal Islami & Sukan PITAS Kali Ke-2

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru atas kejayaan Kejohanan Amal Islami & Sukan Kali ke-2 PITAS pada 1 & 2 Mac 2020 yang dijalankan di UiTM Shah Alam. *Keputusan Acara utk MTAZ* Musamarah - Tempat pertama Forum - Tempat ketiga Pidato BM - Tempat ketiga Tajhiz Jenazah - Tempat ketiga Memanah - Tempat kedua Ping Pong - Tempat keempat Tidak lupa juga kepada pelajar yang tidak mendapat tempat, usah bersedih kerana usaha dan semangat yang ditunjukkan merupakan titik tolok sebagai garis permulaan untuk kita sama-sama terus berusaha dengan lebih gigih. Kalah atau menang merupakan adat permainan. jadikan ianya pengalaman untuk terus maju pada masa hadapan kelak.

Amal Islami Peringkat Daerah 2020

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya di peringkat daerah. InsyaAllah pada 1 dan 2 Mac 2020 akan berlangsungnya Kejohanan Sukan dan Amal Islami peringkat Kebangsaan 2020 kali ke 2 di UiTM Shah Alam. Antara acara kategori Amal Islami Jais Zon/Negeri yang akan diwakili oleh MTAZ ialah : 1) Hafazan 2) Tilawah 3) Nasyid 4) Musamarah 5) Tajhiz Jenazah 6) Forum 7) Bahas Ala Parlimen 8) Seni Khat Acara Kejohanan Sukan peringkat kebangsaan 2020 : 1) Ping Pong 2) Badminton 3) Memanah Semoga usaha yang dilakukan oleh pelajar yang terlibat membuahkan hasil dan rezeki berpihak kepada MTAZ. 

Amal Islami MTAZ 2020

Amal Islami peringkat MTAZ 14 - 15hb Februari 2020 Tahniah kepada semua pelajar

WATIKAH KEPIMPINAN, SATU TANGGUNGJAWAB BUKAN KEMAHSYURAN – USTAZAH WAN MADIHAH

Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ): Baru-baru ini, MTAZ telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Watikah Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2020 pada 17 Januari baru-baru ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ashri bin Lateh, Pengarah Pembagunan MTAZ. Tertarik melihat pelbagai reaksi yang dipamerkan daripada setiap pelajar di hari penyerahan watikah yang diserahkan oleh Ustaz Ash ri bin Lateh kerana kesemua pelajar menunjukkan rasa semangat yang jitu di atas barisan kepimpinan yang baharu. Ingin dimaklumkan, majlis penyerahan watikah ini diserahkan kepada barisan kepimpinan pelajar bagi tahun 2020 diantaranya Badan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Badan Pengawas Pusat Sumber, Barisan Nuqobat dan Barisan Ketua Dorm. Majlis tersebut berjalan dengan begitu lancar dan diakhiri dengan laungan ikrar yang dipimpin oleh adik Aisyatul Hanan, Ketua Pelajar MTAZ 2020 dan bacaan doa wehdah yang diketuai oleh adik Nurin Nabilah, Timbalan Ketua Pelajar 2020

Program Usbu' Taakhi

Tarikh : 4 hingga 8 Januari 2020 Tempat : MTAZ Objektif :  1) Membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza agar dapat berdikari, bertanggungjawab, sedia menghadapi cabaran, berdaya kepimpinan, bersikap bekerjasama, aktif dan kreativiti. 2) Menerap kesedaran dalam diri peserta tentang hakikat kehidupan dan akhlak seorang Hamlatul Quran. Tema : 'Ribat Ukhwah, Lestari Thaqafah, Mantap Sahsiah'

Pendaftaran Baru Tahun 2020

Ahlan wa sahlan kepada semua pelajar baru tahun 2020 yang baru menjejakkan kaki ke MTAZ. Gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menjadi hafizah yang berjaya dari segi agama dan akhlak.