Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018
Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah
Unit Bimbingan dan
Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program
Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai
murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan
masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini
memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah
kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.
Antara aktiviti yang dijalankan
ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak
qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam
Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival).
Aktiviti-aktiviti ini dapat
memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam
menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.