Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

HARI KE 3 DI ISTANBUL

Hari ini kari ketiga Kami berada di Istanbul dan hari terakhir sebelum kami berangkat Ke Isparta ,11.30 am esok menaiki pesawat. Kami menyudahkan sedikit baki perjalanan cinta di bumi khalifah ini. Kami titipkan urutan perjalanan kami buat hari ketiga untuk perkongsian bersama. 9.00 am Seperti biasa kami dijemput oleh saudara EDERM untuk menunjuk jalan kepada kami. Kami menaiki Van yang dipandu oleh Saudara Osman menuju tempat sarapan pagi berhampiran Pasar Besar Istanbul ( Grand Bazar) 10.40 Selesai menjamu selera kami terus dibawa ke Grand Bazar untuk meninjau dan membeli belah.Kami menghabiskan masa yang agak lama di sini memandangkan kawasan Bazar terlalu luas.  1.00 Pm kami bergerak untuk makan tengahari di persisiran pantai Bosphorus, menu istimewa hari ini ialah ikan bakar. 2.00 pm Kami bergerak menuju Masjid  Rustem Pasha ,kami mendengar taklimat dan melihat keindahan senibina masjid yang dibina sekitar tahun 1550. 3.00 pm kami meninjau Spice Bazar dan mem

LAWATAN MTAZ KE TURKI HARI KE 2

Peserta Lawatan MTAZ ke Turki masuk hari ke 2. Kami masih menunggu tarikh 31 May untuk berlepas ke Isparta menghadiri majlis Ihtifal Barla Tahfiz School. Masa dan kesempatan ini digunakan untuk melawat tempat bersejarah yang terdapat di sekitar Istanbul. semestinya pendedahan bermakna untuk kami peserta Lawatan umumnya dan khususnya 2 pelajar yang menyertai iaitu Adik Nur Atikah Yaakop dan Adik Indah Fitriaty Aidit Alfian. Kami sertakan perjalanan kami sepanjang hari ke 2 Lawatan kami di Intanbul untuk tatapan bersama. 29 Mei 2013 4.30 am Azan subuh berkumandang dan kami menunaikan solat subuh serta aktiviti bebas di penempatan (Homestay) 9.00 am Perjalanan kami bermula dan kami dibawa menikmati sarapan padi di Peare Lotte. Tempat menarik yang boleh melihat pemandangan Istanbul dari atas bukit ilham seorang penulis.Kami bertemu dengan ramai jamaah Umrah dari Malaysia dan Indonesia di sini. 10.30 Setelah selesai mengabadikan gambar kenangan kami meneruskan perjalan

ROMBONGAN MTAZ KE TURKI - ISPARTA

Assalammualaikum kepada seluruh warga MTAZ dan pembaca. Alhamdulillah sekali lagi MTAZ berkesemoatan menjejaki bumi Khalifah. Kali ini rombongan disertai oleh 7 peserta di ketua oleh Ustaz Abd Wahid Zainol Abidin bersama Pengerusi Lembaga Pengelola MTAZ Umi Norlayani Othman, Mudirah Ustazah Mastura Mohammad, Pegawai Kewangan Cgu Norashikin Che Saad, Dua pelajar Nur Atikah Yaakop dan Indah Fitriaty Aidit Alfian.Rombongan turut disertai oleh Hjh Saodah Abd Rahman kenalan Umi Norlayani Othman. Kami sertakan sedikit kronologi Perjalanan bermula hari berangkat dan hari pertama di Turki (Istanbul) 27 Mei 2013 1 1.00 pm Rombongan berlepas dari KLIA Sepang menaiki Pesawat Turkish Airways 28 Mei 2013  5.00 am (waktu Turki) setelah melalui pernerbangan selama 11 Jam Rombongan selamat mendarat di lapanngan terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul Turki.Kami menunaikan Solat subuh dalam pesawat sebelum mendarat. Ketibaan rombongan tidak disambut oleh sesiapa semuanya berjal