Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

SUMBANGAN BERAS

Pada 24 Oktober yang lalu MTAZ menerima kunjungan tetamu dari Kelab Pra Universiti, SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Kunjungan mereka bersama 3 guru pengiring bertujuan menyampaikan sumbangan berupa 238 kg Beras dan Wang Tunai berjumlah RM 923. Sumbangan yang dihulurkan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab. Mereka dengan penuh kesungguhan berusaha mendapatkan sumbangan seterusnya memilih MTAZ sebagai tempat untuk diserahkan sumbangan mereka. MTAZ mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka melaksanakan tugasan dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga dinilai sebagai ibadah untuk semua. Majlis Penyampaian Sumbangan Guru PEngiring dan Guru MTAZ Mudirah MTAZ menerima Sumbangan Bergambar kenangan sejurus majlis penyampaian sumbangan Menjamu selera

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MTAZ

Peperiksaan akhir tahun MTAZ telah berlansung pada 8 hingga 24 Oktober yang lalu. Semua pelajar terlibat dalam peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan pengusaan Ilmu sepanjang setahun pembelajaran. Semoga semua pelajar dapat bermihasabah diri melalui peperiksaan yang diduduki. Semoga mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.