Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor (PITAS) terpilih untuk menerima anugerah kategori Badan Dakwah & Sukarela Maal Hijrah Selangor 1433. Anugerah disampaikan oleh Adinda Sultan Selangor, mewakili DYMM Sultan Selangor. Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah JAIS, Dato Mufti Selangor, Pegawai pegawai besar kerajaan, exco exco . Ustaz Ashri Lateh selaku Pengerusi PITAS menerima anugerah tersebut yang turut menyaksikan Tokoh pendakwah terkenal ustaz Dato Ismail Kamus dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri selangor 1433.Tokoh Aktivis Masyarakat, Jamaluddin Elias, Tokoh Keluarga Mithali Said Husin dan Tokoh Saudara Kita Muhammad Chan Abdullah dipilih bagi kategori masing masing.
Sebelum itu majlis dihidangkan dengan tazkirah khas sempena Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri. Tahniah kepada semua penerima anugerah.