Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Seminar Tadabbur Al Quran Bersiri (Siri 3)

Alhamdulillah, Seminar Tadabbur Al-Quran Bersiri (Siri 3) telah pun berlangsung pada 27 Julai2017(Khamis) yang lalu. Jazakumullahu khairan khathira diucapkan kepada semua perserta yang hadir.  😀

Pembinaan Susur Gajah di MTAZ

Alhamdulillah sebanyak 60% telah siap dibina. MTAZ sedang dalam rangka melengkapkan lagi infrastruktur bagi memudahkan pergerakan pelajar ketika hujan mahupun panas dengan membina bumbung laluan jalan kaki yang menghubungkan antara surau dan asrama, dewan makan serta blok pendidikan di banglo.

JALINAN UKHUWAH AIDILFITRI 1438H

9 Julai 2017 (Ahad) MTAZ telah mengadakan Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1438H peringkat sekolah. Sambutan ini disertai oleh semua guru, kakitangan sekolah dan murid-murid serta jemputan khas iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola MTAZ iaitu Hajah Noralayani Binti Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola iaitu Tuan Haji Karim Bin Taib serta isteri Hajah Jasmin Binti Baba. Antara jemputan lain yang dijemput termasuk juga BOMBA, Polis, ibu bapa pelajar, alumni, dan penduduk setempat bagi memeriahkan majlis. Dianggarkan seramai 1000 orang yang hadir pada hari tersebut. Antara menu yang disediakan pada hari tersebut ialah ketupat palas, bakso, nasi daging, lemang, rendang dan sebagainya. Semua guru, staf dan pelajar bergotong-royong bagi menyediakan makanan dan tempat supaya sambutan ini berjalan dengan lancar. Sambutan ini juga merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di MTAZ. 

FAMILY DAY MTAZ

Alhamdulillah, pada 1 hingga 2 Julai 2017 iaitu sabtu dan ahad yang lalu, MTAZ telah mengadakan Family Day MTAZ khusus untuk guru dan staf MTAZ. Program ini diadakan di Pulau Linggi, Melaka selama 2 hari 1 malam. Ia mengambil masa 2 jam perjalanan dari MTAZ ke destinasi tersebut. Guru-guru dan staf telah mengorbankan masa cuti hari raya untuk memenuhi program ini, namun ianya amat berbaloi kerana dengan adanya program ini mereka dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturahim kakitangan serta ahli keluarga masing-masing. Selain itu, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja secara kolektif di kalangan kakitangan MTAZ. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah membuat istana pasir, mandi pantai dan sebagainya.