MTAZ telah menyediakan
7 buah mesin jahit sebagai permulaan kelas menjahit yang diadakan pada setiap
hari sabtu setiap minggu. Kelas ini diadakan untuk memberikan kemahiran
dan bimbingan kepada peserta untuk menjahit dengan lebih baik mengikut ilmu
yang diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dibawa dari luar. Selain
itu, kelas ini terbuka kepada pelajar dan guru MTAZ yang berminat untuk
menyertai dengan yuran sebanyak RM150 sebulan. Antara pakaian yang telah
dijahit ialah blouse, skirt A cart, jubah dan sebagainya.
Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.