16 Mei
merupakan tarikh keramat bagi seorang guru kerana tarikh ini merupakan tarikh
Hari Guru pada setiap tahun. Namun begitu, MTAZ juga telah menyambut Hari Guru
pada 14 Mei 2018 iaitu pada hari isnin kerana memberi laluan kepada bulan
Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sambutan yang dirancang oleh badan
pengawas MTAZ yang diketuai oleh Ustazah Siti Nur ‘Adilah yang merupakan guru
disiplin MTAZ telah menambat hati guru-guru MTAZ dengan persembahan yang dilakukan
oleh pelajar MTAZ. Walaupun ringkas tapi sangat memberi makna kepada guru-guru
MTAZ.
Di samping
itu, MTAZ juga mengadakan majlis perpisahan kepada guru yang akan berhenti
iaitu Ustazah Farahadilah dan Teacher Sulastri. Majlis perpisahan ini merupakan
majlis untuk memperingati jasa mereka kepada MTAZ selama mereka berkhidmat di
MTAZ. Kehilangan mereka amat diarasai bukan sahaja kepada pelajar malahan
kepada guru-guru MTAZ sendiri. Diharapkan ukhwah yang dibina berkekalan hingga
ke Jannah. Insyaallah