Skip to main content

Program Ihya' Ramadhan & Bengkel Al-Quran dan Fardhu Ain

Assalamualaikum.
Maahad Tahfiz Az Zahrah akan menganjurkan program sempena cuti sekolah pada bulan Ramadhan.
Tuan/Puan yang berhasrat mendaftarkan anak-anak untuk menyertai


Program Ihya' Ramadhan & Bengkel Al-Quran dan Fardhu Ain ini boleh mendaftar sekarang.
Pendaftaran dibuka sekarang !
🖊️ Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah, Hulu Langat & Masjid Al Mustaqim, Kajang
🖊️ Tarikh : 4-10/6/2017
🖊️ Hari : Ahad - Sabtu
🖊️ Yuran Pendaftaran : RM 300 (2 orang adik beradik RM
500)
🖊️ Tarikh tutup penyertaan : 1/6/2017
📌Terbuka kepada pelajar perempuan sahaja. Berumur 10 hingga 17 tahun

Antara aktiviti menarik :
- Tahsin Al-fatihah
- Tadarus Al-quran
- Hafazan surah pilihan
- Fardhu ain
- Tilawah Al-quran
- Qiamullail
- Iktiqaf
- Ko-kurikulum
- Ceramah
- Lawatan

☎️ Hubungi 011-14607468 (Ustazah Hidayah Toher) untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran
Terima Kasih 🙂

🌸 Jom rebut peluang ini ! Pastikan anak-anak anda mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat dan ilmu agama yang mantap.

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi