Pada 19 Mei yang lalu 2 orang pelajar MTAZ iaitu Ainal Husna Binti Amarullah dan Irdhina Binti Sabki telah berjaya mengkhatamkan al-quran 30 juzuk. Tahniah diucapkan kepada kalian berdua. Semoga kalian berjaya diluar sana dan diharapkan kalian menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak MTAZ yang lain.
Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami.
Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin
Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi