Skip to main content

PERPISAHAN DI BURSA MENUJU ISTANBUL

1 Feb 2012 sekitar jam 4.40 pm (waktu Malaysia) menerima sms daripada Ustaz Ashri minda buat panggilan ke telefon bimbit beliau yang sedang berada di Bursa, Turki. Jika panggilan dari Malaysia kos dapat dijimatkan pada "charge panggilan daripada RM 8.00 kepada RM 4.00 sahaja.


Semasa berbual Ustaz Ashri memaklumkan situasi ahli rombongan semua baik sahaja. mereka sekarang dalam perjalanan menaiki "transit" dari Bursa menuju ke Isntanbul. Cuaca dikhabarkan pada tahap 3 darjah C. Menurut Ustaz Ashri ,informasi dari sahabat sahabat Turki memaklumkan keadan cuaca sejuk yang dialami sekarang adalah fenomena luarbiasa yang dirasaisejak 18 tahun.

Semasa di Bursa ahli rombongan sempat melawat Markaz Aimmah Wlkhuthaba' Bursa ,Turkey. Ahli rombongan akan menziarahi tempat sekitar Istanbul sebelum dijadualkan berangkat kembali ke Malaysia pada 4 feb 2012. Admin mengucapkan selamat meneruskan kembara merakam kenangan sebagai ibrah berguna.




















Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi