Skip to main content

MAJLIS PENUTUP PROGRAM SILATURRAHIM



Majlis Penutupan Program silaturrahim 2010 MTAZ telah berlansung pada 8 Januari 2010 jam 9.00 pagi di Musolla MTAZ. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga MTAZ Tuan Haji Abdul Karim Taib. Majlis sederhana ini tetap meriah dengan ucapan Puan Mudirah dan Taujihat Tuan Haji Abdul Karim yang amat bermakna menyuntik semangat pelajar untuk menekuni budaya Ilmu. Beliau menekankan aspek kesungguhan yang disusuli dengan niat keikhlasan kepada Allah adalah kunci kejayaan di samping mengharap rahmat Allah akan menaungi kehidupan dan gerak kerja. Program turut diserikan dengan acara deklamasi sajak oleh tiga pelajar yang amat menyentuh tangkai hati pelajar bertemakan kesungguhan dan ketabahan menuntut Ilmu Allah adalah perjuangan yang mesti dilestarikan.



Majlis dimulai dengan bacaan ayat ayat suci Al Quran

Tuan Haji abd Karim menyampaikan Taujihat

Penyampaian hadiah kepada penang pertandingan semasa Program silaturrahim



Persembahan deklamasi sajak

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi