إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنه
Dukacita dimaklumkan bahawa Hjh Norlayani Bt Othman (Umi
Norla) pengasas kepada MTAZ telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 petang
tadi. Al-fatihah (di baca) semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Beliau telah mewakafkan sebanyak 5 hektar tanah dan sebuah banglo untuk dijadikan Maahad pada tahun 2000. Alhamdulillah, sekarang tertubuhnya MTAZ. Maahad ini telah melahirkan ramai hafizah dan hamlatul quran sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Pengorbanan dan kenangan umi, tidak kami lupakan sampai bila-bila.
MTAZ telah kehilangan insan yang sangat istimewa, yang mulia
dan pemurah. Semoga syurga buat umi.