Skip to main content

Amal Islami Peringkat Daerah 2020

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya di peringkat daerah. InsyaAllah pada 1 dan 2 Mac 2020 akan berlangsungnya Kejohanan Sukan dan Amal Islami peringkat Kebangsaan 2020 kali ke 2 di UiTM Shah Alam.

Antara acara kategori Amal Islami Jais Zon/Negeri yang akan diwakili oleh MTAZ ialah :

1) Hafazan
2) Tilawah
3) Nasyid
4) Musamarah
5) Tajhiz Jenazah
6) Forum
7) Bahas Ala Parlimen
8) Seni Khat


Acara Kejohanan Sukan peringkat kebangsaan 2020 :

1) Ping Pong
2) Badminton
3) Memanah

Semoga usaha yang dilakukan oleh pelajar yang terlibat membuahkan hasil dan rezeki berpihak kepada MTAZ. 

Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

ITHBAT HAFAZAN MTAZ

Ithbat Hafazan MTAZ berlansung mulai hari ini selama dua hari 11 & 12 Disember 2010. Ithbat Hafazan kategori 5 Juzuk itu di laksanakan oleh Panel jemputan yang mendengar keseluruhan bacaan peserta yang terlibat. Seramai 18 peserta dan 5 Panel terlibat dalam Ithbat kali pertama diadakan ini. MTAZ mendoakan agar peserta dapat lulus keseluruhannya Insyaallah.