Skip to main content

Program Nadwah Kepimpinan Islam 2019

Seramai 39 orang pelajar MTAZ sedang mengikuti Program Nadwah Kepimpinan Islam 2019 yang disertai oleh pengawas, naqibah dan ketua dorm. 

Kem ini berlangsung dari 22 hingga 24 Februari 2019 di Kem Herba, Sg Congkak, Hulu Langat.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Nor pemilik Kem Herba, Sg Congkak, Hulu Langat serta  Motivasi Pelajar GWA Positive Consultant kerana merialisasikan kem ini.

Objektif kem ini diadakan ialah untuk menanam sifat jati diri dalam setiap peserta untuk berhadapan dengan cabaran semasa serta melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berakhlak tinggi serta mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang berkesan dan berpengaruh. 
















Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi