Skip to main content

PAPARAN TERTUNDA : HARI KE 5 DI TURKI

Alhamdulillah 1 Jun menjelma dalam diari kehidupan kami. Semalamnya kami diulik mimpi indah angin pergunungaan perkampungan Sav, Isparta. Sepintas lalu masyarakan Sav Isparta amat menyenangkan kehidupan mereka boleh dikatakan berpegang kuat juga dengan agama berbanding masyarakat di bandar. Rata rata wanita di perkampungan ini berhijab. Hari ini kami melalui perjalanan yang panjang yang kami catatkan dalam diari perjalanan kami sebagai pengalaman dan ilmu baru yang kami nikmati. Kami paparkan perjalanan kami pada hari ini untuk tatapan bersama.

4.30 am Azan subuh berkumandang.Kebiasaan masyarakat di sini setekah menunaikan solat Subuh mereka kembali berselimut dan hari mereka bermula jam 9.00 pagi.

9.00 Kami menikmati hidangan ala Turki yang disediakan oleh pelajar pelajar Bait Arabi temoat kami menginap.Alhamdulillah makanan yang disediakan boleh diterima oleh tekak kami dengan berselera sekali.

10.00 am Kami dijemput oleh sheikh Salim untuk menuju ke pejabat urusan yayasan Mekke yang terletak di Bandar Isparta. Bersama kami ialah Saudara Mohammad dan Isterinya Marwa dari Libya yang juga merupakan kenapan rapat Sheikh Salim. Pertemuan ringkas kami bersama pengerusi yayasan Sheikh Khalis Ibrahim amat bermakna sekali.

12.35 tgh Kami dibawa melawat ladang Ros yang merupakan perkara kebanggan Isparta.terkenal dengan Rosnya. Kami bergambar dan mendengar beberapa penjelasan dari pekerja ladang berkaitan Ros Isparta dan keistimewaannya. Seterusnya kami singgah di kilang tempat memproses ros. Julung julungkali pelawat dibenarkan masuk. Istimewa sungguh kehadiran kami apabila dibenarkan masuk untuk melawat.

1.20 pm Kami dibawa keladang ceri dan buah buahan Pak Cik Ibraham di sebuah perkampungan. Kami sungguh teruja apabila diberi keizinan untuk memetik sediri buiah buahan di ladang tersebut. pengalaman baru yang kami rasai.

4.30 pm Kami singgah melawat Rumah pameran Tokoh besar Turki Badiuzzaman Said Nursi.Kami melihat barang barang tinggalan kepunyaan beliau dan kitab karangan beliau.

5.00 pm Agenda tidak dirancang kami dijemput menghadiri majlis keraian Khatan kanak kanak masyarakat Isparta. Acara yang cukup meriah sekali.Tetamu kehormat yang datang termasuk Gabenor Isparta dan Mufti. Kami diberika layanan istimewa sekali.

7.00 Sekali lagi  agenda tidak terduga apabila Kami menerima jemputan Gabenor Isparta untuk bertamu kerumahnya. Seterusnya kami di bawa oleh beliau kerumah kenalannya seorang hartawan di Barla untuk menikmati hidangan makan malam. kami juga bersolat jamaah bersama mereka di rumah hartawan tersebut.

10.00 pm Kami kembali ke tempat penginapan setelah melalui hari yang cukup menarik dan bertuah sekali.



Sheikh Khalil Ibrahim Pengerusi Yayasan Mekke


Umi Norla Berkongsi Maklumat

Mudirah MTAZ berkongsi Maklunat

Bertukar Fikiran






Di Ladang Ros

Harumnya

Semua Sudut Cantik ni,,,,,

Ros Isparta


Kilang memproses Ros







Di Ladang Ceri & Buah En Ibrahim



Galeri Sheikh Badiuzzaman Said Nursi Rahimahullah



Di MAjlis keraian Khatan Masyarakat Isparta


Di Rumah Gabenor Isparta

Di rumah Seorang Hartawan Barla, Isparta

bergambar kenangan

kenangan

Cantik

Zikrayat

Kenangan



Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

LAFAZ IKRAR PELAJAR MTAZ

Bahawa sanya kami, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, berikrar akan menjadikan Al-Quran matlamat kami dan As sunnah ikutan kami. Sentiasa taat kepada kedua ibubapa kami, hormat kepada guru-guru kami dan menjadikan rakan-rakan persekolahan sebagai saudara kami. Kami berikhrar akan mematuhi setiap peraturan sekolah dan asrama demi menjaga maruah sekolah kami, bersungguh-sungguh dan beristiqomah dal am menuntut ilmu demi kejayaan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, bantulah kami di dalam usaha kami dan persaksikanlah ikrar kami. Amin Pelajar sedang melafazkan ikrar ketika perhimpunan pagi