Pembangunan Fasa ke dua MTAZ bermula dengan projek menyiapkan sebuah asrama seperti sedia ada telah mula dijalankan pada 25 Julai 2011.MTH sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menyiapkan kerja kerja tersebut. Projek yang akan menelan belanja RM 95,000.00 dijangka siap dalam tempoh 3 bulan. Semoga projek ini berjalan lancar bersama iringan doa dan sumbangan para dermawan yang berterusan setrusnya memberi keselesaan kepada pembelajaran di MTAZ insyaallah.
Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.