PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor) akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menemui orang ramai dengan beberapa aturcara pada 22 April 2009. Orang ramai berpeluang untuk mengenali PITAS dan mendapatkan maklumat berkenaan sekolah sekolah Tahfiz yang berada di Negeri Selangor. Acara seperti Klinik Al fatehah , Pertandingan bacaan AL Fatehah untuk kanak kanak 7-10 tahun, persembahan nasyid dan kuiz Al Quran akan diadakan pada hari tersebut. Acara akan berlansung di Dewan Kedah, PWTC bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang..Pengunjung dan orang ramai dijemput hadir.
Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.