Skip to main content

Peluang pelaburan


معهد تحفييظ الزهرة
MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH

( JAIS 2J(06) 02/06 )
Lot 2239 Bt. 18 ½,
43100 Hulu Langat Selangor , Malaysia
Tel : +603-90212973 Fax : +603-90212973
E-mail : Mtaz_Bestari @yahoo.com


Ruj Kami : mtaz/03/001/09
Tarikh : 5hb.Jan.2009


Kepada

Dato’/Datin/Tuan/Puan
Para Dermawan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MEMOHON SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN MTAZ

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan didoakan semoga Dato’/Datin/Tuan/Puan berada di dalam lembayung rahmat Allah s.w.t. Merujuk kepada perkara di atas . Kami dengan rendah hati ingin memohon perhatian pihak Dato’ agar dapat menyalurkan sumbangan bagi dana Pembangunan bagi melancarkan pembinaan musolla dan prasarana di Maahad Tahfiz Az-Zahrah ( MTAZ ).

MTAZ adalah sebuah maahad tahfiz yang ditubuhkan atas kesedaran beberapa orang ahli lembaganya yang beroperasi di sebuah banglo yang diwakafkan bersama sebidang tanah di batu 18 1/2 Hulu Langat oleh seorang hamba Allah.MTAZ beroperasi berteraskan kutipan yuran serta sumbangan derma orang perseorangan dalam usaha murni melahirkan "Hafizah Profesional Cemerlang Berperibadi Seimbang" sepertimana tertera di dalam motto MTAZ.

Setelah sekian lama beroperasi dalam keadaan serba sederhana, MTAZ kini sedang menggerakkan segala kemampuan yang ada dalam usaha menambahbaik dan melengkapkan prasarana yang ada bagi menjamin keselesaan pelajar dalam menuntut ilmu.
MTAZ sedang giat menjalankan pembinaan sebuah musolla/surau untuk kegunaan pembelajaran pelajar dalam sesi hafazan dan solat berjamaah dimana ianya merupakan tumpuan utama pembelajaran di MTAZ .Keperluan kepada musolla yang luas dan selesa amat mendesak bagi memastikan kelancaran kelas hafazan tersebut.


Kini pembangunan MTAZ sedang pesat dan lancar berjalan dengan sumbangan derma yang dikumpulkan dari pelbagai pihak, namun MTAZ masih memerlukan dana yang bagitu banyak bagi menyiapkan projek pembangunan yang dirancang.

Walaupun pembinaan Musolla dilihat telah siap , tetapi ianya berjalan dengan EHSAN kontraktor . Kos sebenar pembinaan musolla/surau adalah sebanyak RM 320.000.00, MTAZ setakat ini hanya berjaya menyelesaikan 50% daripada jumlah tersebut manakala bayaran seterusnya adalah bergantung kepada sumbangan yang akan diperolehi dari masa kemasa.

Justeru itu, kami sekali lagi mengharapkan perhatian dan pertimbangan pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan kepada permohonan ini. Segala pertimbangan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan kami dahului dengan jutaan terimakasih dan Jazakumullahu Khairal Jaza'

Kami mendoakan agar segala sumbangan yang Dato’/Datin/Tuan/Puan sumbangkan akan menjadi saham akhirat yang keuntungannya akan berlipatganda sepertimana dijanjikan Allah dalam firmannya yang bermaksud" perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh cabang yang membuahkan seratus biji pada setiap cabang tersebut dan Allah bakal menggandakan lagi bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah maha luas rahmatNya lagi maha mengetahui".

Semoga diluaskan rezeki dan diberkati.

Sekian wassalam


Saya Yang menjalankan tugas

عصرى

( ASHRI LATEH )
Pengarah Perogram dan Pembangunan MTAZ
019 6225695


Popular posts from this blog

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

Pada 14 April 2018 bersamaan 27 Rejab 1439 Hijrah yang lalu, MTAZ telah mengadakan Program Israj Mikraj yang melibatkan semua pelajar. Program ini diadakan selama satu hari, pelbagai aktiviti yang diadakan, antaranya ialah ceramah Israk Mikraj, Kuiz, Kronologi perjalanan Israk Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya program sebegini, pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan mengenai perjalanan Israk Mikraj.

MUKHAYYAM TARBAWI

Tarikh : 16, 17, dan 18 ogos 2018 Tempat : Maahad Tahfiz Az Zahrah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Maahad Tahfiz Az Zahrah telah mengadakan Program Mukhayyam Tarbawi sebagai satu wasilah untuk bersama menjayakan penerapan nilai murni, pengurusan diri, tarbiyah dan jati diri bagi melahirkan individu dan masyarakat yang unggul dan harmoni. Program berbentuk perkhemahan ini memerlukan kepada semangat pasukan yang kuat untuk menjayakan ‘survival’ sebuah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan kawad kaki, Jalinan silaturahim, Modul sesuap nasi, Jamak qasar, Kembara malam, My Muwasafat Tarbiyah, Slot pertolongan cemas, Malam Kebudayaan dan Kesenian dan laluan berhalangan (survival). Aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kelak.  

ITHBAT HAFAZAN MTAZ

Ithbat Hafazan MTAZ berlansung mulai hari ini selama dua hari 11 & 12 Disember 2010. Ithbat Hafazan kategori 5 Juzuk itu di laksanakan oleh Panel jemputan yang mendengar keseluruhan bacaan peserta yang terlibat. Seramai 18 peserta dan 5 Panel terlibat dalam Ithbat kali pertama diadakan ini. MTAZ mendoakan agar peserta dapat lulus keseluruhannya Insyaallah.